Lama sungguh tidak menghadap blog ni, sampai berhabuk dibuatnya haha..kali ini Elih nak kongsikan dengan anda semua umpan memancing ikan ketutu yang jarang kita boleh dapat sekarang ni, maklumlah ikan harga mahal memang menjadi rebutan pemancing. Jual atau masak sendiri ikan ni memang laku.
Bagi sesiapa yang masih belum mengenali ikan ini sangat, ikan ini ada banyak nama panggilannya mengikut kawasan. Ada yang panggil Ikan Ubi, Ikan Hodoh, Ikan Hantu, Soon Hock, Lam Khor dan sebagainya. Tempat saya panggil Ikan Ketutu/Ikan Ubi. Ikan ini jenis ikan yang pemalas, nak kata umpan yang paling sesuai tak boleh juga sebab bergantung kepada kawasan air tempat ikan ini hidup.
Ikan Ketutu ini adalah ikan pemangsa/pemburu air tawar yang sama dengan Ikan Toman, Ikan Haruan atau Bujok. Cuma yang membezakannya, Ikan Ketutu aktif pada sebelah malam, namun siang hari dia hanya mendiamkan diri dicelah-celah kayu, bawah lumpur atau pasir.
Ikan Ketutu biasanya memakan anak-anak ikan kecil, udang, serangga, cacing atau ikan yang lebih kecil daripadanya. Jadi, bergantung kepada keadaan kawasan, Kalau memancing di tasik kemungkinan menggunakan udang, anak ikan, cacing atau serangga boleh menaikkan Ikan Ketutu ini.
P/s: Pertandingan memancing yang dianjurkan Universiti Malaysia Sarawak[1] akan diadakan pada 1 November 2014. Siapa yang pergi tu, ikan ketutu sajalah harapan untuk menang dan paling berat di tasik UNIMAS tu. Gud Luck!
References
- ^ Universiti Malaysia Sarawak (www.facebook.com)
0 Response to "Umpan Memancing Ikan Ketutu"
Post a Comment