Mata Kail Berkarat Tercucuk Mata Budak Ini

Mata Kail Berkarat Tercucuk Mata Budak Ini

Malang tidak berbau! Inilah yang saya dapat katakan apabila membaca berita sedih ini. Kepada rakan-rakan pemancing sekalian, kalau ada pancing atau mata kail yang nak dibuang, buanglah terus ke tong sampah atau bakar terus dan jangan dibuang merata tempat. Kalau kanak-kanak kecil terjumpa, pastinya mereka akan bermain benda tajam tu.


Kejadian ini berlaku di Tumpat, Kelantan dimana dikatakan terjumpa sebatang pancing dan mahu melontarkan ke sawah padi namun tersangkut pada kelopak mata kanak-kanak lelaki ini.


Tumpat: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun terpaksa menahan sakit dua jam apabila mata kail berkarat tersangkut di kelopak mata kanannya dalam kejadian di Kampung Kubang Batang, Tumpat petang semalam. Dalam kejadian jam 6 petang itu, mangsa Raja Aqiel Al-Hafiz Raja Fakurazi terpaksa dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu untuk pembedahan mengeluarkan mata kail berkenaan. Selepas dua jam pembedahan mata kail berkenaan berjaya dikeluarkan dan mangsa dilaporkan stabil. Menceritakan semula kejadian, bapa mangsa Raja Fakurazi Raja Daud, 38, berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika anaknya berada di rumah pengasuhnya. Katanya, anaknya menemui sebatang pancing di dalam semak berdekatan rumah pengasuhnya sebelum menyerahkan kepada seorang rakan perempuannya. “Kanak-kanak perempuan itu kemudian cuba melontar kail itu ke dalam sawah padi namun tersangkut pada kelopak mata anak saya. “Kejadian itu disedari oleh pengasuhnya selepas anak saya menangis kerana kesakitan sebelum dia dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” katanya. 

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/9924#sthash.yZaw93pw.dpuf


Semoga adik Aqiel ni cepat sembuh…

LikeTweet

0 Response to "Mata Kail Berkarat Tercucuk Mata Budak Ini"

Post a Comment