Cerita ikan talang masuk ke kelong mamud memang perkara biasa, tetapi pada hari dan bulan kebiasan lain tidak sebanyak talang masuk pada bulan Disember. Seperti tahun lepas, aku sendiri pernah melalui bagaimana talang masuk ke kelong. Anda bukan memancing tetapi terpaksa berlari semasa memancing. Ini yang dikatakan betul-betulk mancing.
Aku sebenarnya tiada janji temu dengan Rizal dan Wak Din kerana aku masuk kelong pada hari Ahad dan keluar Isnin. Apa yang terjadi, Rizal dan Wak Din turut ambil cuti dan memancing bersama aku juga. nak jadi cerita, walaupun kami bertiga tetapi joran terpacak macam 20 orang memancing.
Awal petang Ahad, Rizal membuka pentas trip apabila berjaya menaikan seekor ikan gubal bersaiz anggaran hampir 3 kg. Setelah itu dituruti aku dan Wak Din pula menaikan ikan talang, jenahak dan parang.
Sumber : http://jenahakpanggang.blogspot.com/
Sumber : http://jenahakpanggang.blogspot.com/
0 Response to "TALANG KEMBALI KE KELONG MAMUD"
Post a Comment