Aku memang dah lama nak tulis cerita ni tetapi memandangkan gambar dah hilang, jadi aku batalkan niat tersebut sehinggalah aku dapat sekor lagi pari rimau. Di kelong Pozi Kuala Lukut memang terkenal dengan pelbagai spisis ikan yang terdapat di situ. Antara ikan yang dapat dipancing di Kelong Pozi antaranya ialah GT, gerung belang, ebek, daun baru, jenahak, kerapu, serkut, gerut2, pari dan lain2 lagi.
Antara spisis biasa yang kita dapat pancing di kelong tak perlulah aku bincangkan. Kalau di Kelong Pozi ni terdapat sejenis spisis pari yang cantik dan sedap iaitu pari rimau. Coraknya yang menarik membuatkan aku geram sangat nak mancing spisisi ni.
Umpan yang biasa aku gunakan ialah tamban hidup. tapi bukan sebarang tempat kita dapat pancing ikan pari rimau di kelong pozi. Beberapa kali aku telah daratkan di Kelong Pozi tetap ditempat adan arah yang sama iaitu belakang kelong pozi bucu kiri kearah kelong mamud. atau senang cerita.. naik kelong pozi lalu pergi kebelakang sebelah kiri anda. Guna joran panjang lalu lontar kekiri sikit sahaja dari bucu tersebut.
Akhir kata, selamat mencuba. Kalau tak dapat pari, mungkin anda dapat gubal, pari beting atau GT.
pari rimau kelong pozi 2014 |
Sumber : http://jenahakpanggang.blogspot.com/
Sumber : http://jenahakpanggang.blogspot.com/
0 Response to "PARI RIMAU KELONG POZI"
Post a Comment