LUBUK IKAN DI MERSING -part2(RAHSIA PULAU MAWAR YANG TAK RAHSIA LAGI)


Setelah kita ketahui berkenaan lubuk ikan di Jambatan dan Kuala Sungai Mawar iaitu dari paparan minggu lepas,mungkin ramai dari kalangan pemancing merasakan tak lengkap jika saya masih mershsiakan lokasi lain di Sg.Mawar selain dikawasan jambatan sahaja. Bagi pemancing yang menunda bot fiber mungkin tidak banyak persoalan kerana dimana-mana sahaja boleh berlabuh asalkan bot telah berada diatas air.

Pancingan pantai adalah rahsia yang saya ingin ceritakan tetapi masih berkisar di kawasan Sungai Mawar Mersing. Bagi yang menggemari pancingan ekstrem dimana gemar meneroka lubuk-lubuk yang mencabar pasti bertekad untuk mencubanya, di sungai Mawar juga terdapat lubuk terbaik selain muara menyusuri hingga ke dalam sungainya iaitu “PULAU MAWAR.”

Dari atas jambatan Sg.Mawar kita akan terlihat pulau kecil berhadapan kuala nya,sebenarnya tanjung tersebut berasal dari beberapa buah pulau kecil.Perubahan monsun yang melanda menyebabkan pulau tersebut bersambung dengan tanah besar iaitu apabila permukaan pantai naik meninggi hingga menjadi benteng http://zulkiffleeh.blogspot.com/2013/06/memancing-siakap-di-benteng-pemecah.html dan menjadi lokasi terbaik bagi nelayan berlindung dari ribut tengkujuh.

Saya akan berikan sedikit info bagaimana untuk memancing di Pulau Mawar tersebut, tetapi pemancing haruslah seorang yang tahan lasak juga seorang yang tidak kenal erti kekecewaan. Apabila pemancing telah dapat menjejakkan kaki ke Pulau tersebut pasti pengalaman berharga akan tersemat dihati sebagai pengalaman yang berharga.

Bagi yang datang dari arah Mersing memasuki Kg.Tanjung Resang melalui jalan ke Penyabong akan bertemu Jambatan Sg.Sisek,dan lebih kurang 1km sebelum sampai di Jambatan Sg.Mawar terdapat lorong sebelah kanan ke Kg.Sg.Mawar. Dipenghujung kampung nelayan tersebut dari kejauhan akan terlihat pulau @ tanjung Mawar, susuri lah sepanjang benteng pasir tersebut hingga ke sana.


Kebiasaan warga tempatan akan memancing disana menggunakan motosikal kerana untuk sampai kesana rakan pemancing harus menyusuri benteng pasir sepanjang 1km. Tak hairan lah kalau saya katakan pasti menyemput dibuatnya,mana kan tidak dengan peralatan mancing,bekalan makanan,tool box dan tong umpan belum lagi yang remeh-temeh seperti khemah,peralatan mendaki dan lain-lain lagi. Jadi jalan terbaik lihatlah paparan ini  http://zulkiffleeh.blogspot.com/2012/05/normal-0-false-false-false-en-us-x-none_29.html

 Peralatan mendaki?mengapa perlu ada?akan saya ceritakan nanti.


Setelah menghampiri pulau tersebut (jika bermotosikal)melepasi paya berpasir,tongkatlah motosikal anda sedikit keatas tebing agar tidak ditenggelami air pasang. Kemudian terpulang pada anda membuat pilihan samada ingin memancing menyusuri tebing berbatu dimana dasarnya berpasir atau memancing disebelah belakang tebing berbatu.



Jika tertarik memancing menyusuri tebing bebatu ketika air surut, berjalanlah dengan penuh berhati-hati kerana permukaan batu yang licin boleh menyebabkan kecelakaan. Carilah waktu ketika keadaan air yang kurang gelombang atau berangin. Pastikan tiada hujan sebelum kunjungan dan air yang hampir jernih (jika air terlalu jernih, ikan biasanya kurang galak memakan umpan). Sebagai tambahan, menggunakan joran panjang tidak kurang 10 kaki (3.5 meter) adalah satu kelebihan itupun jika pemancing berhajat membuat lontaran lebih jauh.

Memancing dipantai berbatu Pulau Mawar penggunaan umpan sesuai adalah seperti :



* Udang segar (udang hidup lebih sesuai digunakan)
* Umpan anak ikan hidup yg baru dikail seperti bebolos ,anak kekek sesuai dijadikan umpan pari. memancing ikan          bebulus di pantai menggunakan perambut setengah kaki dengan kekuatan 12 paun amat sesuai dgn mata  kail halus.

* Perumpun sarung atau ruat pasir
*Hirisan ikan (selayang,tamban atau kembung)/hirisan sotong (dipotong serong)

*Kerang-kerangan,umang-umang yg dititik cengkerangnya atau anak ketam untuk peroleh ikan Ketarap.

Di Pulau Mawar, Ikan pari boleh diandaikan spesies terbesar mendiami kawasan pesisiran pantai tersebut manakala ikan lumrah lain ialah ikan2 karang, kakap merah,bebolos, gelama papan,gerut, tuka, sembilang karang, todak, daun baru dan ikan Delah yang mendiami teluk pantai berpasir Pulau Mawar.



Saiz batu ladung boleh menentukan jarak baling, saiz batu ladung juga boleh ditentukan melalui keadaan pasang surut air laut. Bermula nombor 8 hingga 12 adalah saiz yang lumrah digunakan pemancing pantai. Pilih batu jenis lonjong memanjang supaya ia kurang memberi rintangan angin dan arus.Panjang perambut untuk memancing di pantai memadai satu meter kerana jika terlalu panjang maka anda akan mengalami kesukaran untuk lontaran nanti.


Sebenarnya di Pulau Mawar terdapat kawasan yang menarik iaitu dibalik tebing bebatu yang tinggi (lebih kurang 5-7meter),sebab itu lah saya sarankan ‘peralatan mendaki’ itupun jika masih ada lagi ‘tali’ lama untuk memanjat iaitu ditempat ‘parking’ motosikal seawal tadi kerana itu saya harap pemancing merupakan seorang yang berani punya hati yang kering.

Diatas bukit  nanti pemancing akan melihat fenomena yang cantik iaitu’Gerbang Laut’ atau pintu masuk untuk persekitaran tanjung tersebut. Dikiri kanannya terdapat tebing tinggi bebatu karang dimana kawasan berpotensi mendapatkan pelbagai spesis ikan namun di pantai berbatu karang tersebut juga boleh mendatangkan masalah iaitu ‘sangkut’ terutama pancingan dasar.Lumrah lah ‘area’ berbatu penuh berteritip masalah sangkut memang tidak boleh dielakkan.juga untuk menyusuri tebing bebatu yang curam amat mencabar.jika pemancing rajin serta berani menyusuri tebing bebatu karang disana hasil tangkapan pastinya lumayan sekali.

Untuk tidak menghampakan trip pancingan tersebut disarankan agar menggunakan tip ini iaitu pancingan tanpa batu ladung dengan menggunakan isi ikan menutupi mata kail.atau teknik pancingan pelampung tetapi pemancing dapatlah mengagak kedalaman air laut agar umpan yang tergantung tidak mencecah dasar berkarang maka potensi diragut ikan adalah tinggi .Salah satu lagi dengan menggunakan pancingan ‘apollo’ iaitu batu ladung dibahagian bawah dan menggunakan tangsi yg lebih kecil di bahagian batu ladung,apabila batu sangkut karang, pemancing masih boleh perolehi ikan setelah tangsi halus putus.

Spesis yang sangat popular di Pulau Mawar adalah Kerapu (samada kerapu keling atau kerapu mata hijau) bagi memperoleh spesis tersebut saya sarankan pemancing menggunakan tali sulam atau tali spider,
dimana telah terbukti kekuatannya disamping risiko putus amat kurang.Persembahan umpan untuk ikan muara berbatu Pulau Mawar seperti ikan karang jenahak, jemuduk,siakap ,ibu gelama,kurau dan kerapu sebolehnya ikan hidup atau jenis umpan segar.

Penggunaan Gewang amatlah berkesesuaian dengan lanskap berbatu,pemancing disarankan menggunakan teknik ‘casting’ kearah sekitar pantai bebatu, dipadankan dengan joran ringan 6kaki-7kaki .Gunakanlah Gewang yang sesuai iaitu gewang ‘shallow’selaman cetek atau gewang ‘floating’aksi permukaan air.

Biasanya casting di pantai berkarang Pulau Mawar boleh dilakukan pada masa air besar atau surut tetapi semasa air gerak pasang pemancing rebutlah teknik pancingan dasar kerana waktu terbaik ikan  merapat ke pantai.Tetapi tidak bermakna waktu lain kita tidak boleh memancing. Memancing boleh seharian tetapi fokus dan tumpuan perlu diberikan Waktu terbaik ialah ketika air pasang penuh. Ketika itu, ikan akan merapat ke pantai. Pada sebelah malam pula, ikan lebih efektif daripada siang.Secara ringkas waktu paling sesuai ialah lewat petang (kalau dapat bermalam lah disana).

Semoga dengan penerangan panjang lebar tersebut dapatlah rakan pemancing mendalami ilmu berguna bagi dipraktikkan di pantai Pulau Mawar Mersing.



Dari Laman Pengail :Zulkiffleeh



Sumber: http://zulkiffleeh.blogspot.com/


0 Response to "LUBUK IKAN DI MERSING -part2(RAHSIA PULAU MAWAR YANG TAK RAHSIA LAGI)"

Post a Comment