MEMANCING TALANG DI KELONG MAMUD KUALA LUKUT





kelong mamud Tengah (12 bilik)


Salah satu perkara yang menarik kelong tengah atau kelong besar mamud ialah ikan talang. ikan talang kebiasaannnya menyerang dalam kumpulan. Kita boleh ketahui talang masuk kelong berdasarkan bunyi atas air semasa talang mengambur menyambar anak2 ikan. Kebiasaannya talang mengambur menyambar anak2 ikan secara beramai2 dan berturut2. Jika anda melihat keadaan ini, adalah rugi jika dibiarkan sahaja.

mungkin apa yang saya tulis ni berdasarkan pemerhatian dan pengalaman sendiri. Jika ada salah dan silap berdasarkan pengalaman orang lain aku mohon maaf la ek.

Talang kebiasaannya bergerak dalam kumpulan dan aktif menyambar umpan semasa arus bergerak perlahan. Jadi kita perlu pilih hari yang sesuai dengan arus. Arus menyorong mati atau arus mula menyorong besar memang sesuai kalau nak cuba layan talang di kelong mamud. Kalau bernasib baik anda akan dapat merasakan serangan talang. Berdasarkan pengalaman aku, kalau talang masuk banyak tidak mustahil anda boleh mendapat 30 kali ke atas strike. Memang kelam kabut kalau anda memancing berseorangan tanpa bantuan kawan tertama pada waktu awal pagi hingga tengahari. Jadi tarikh yang sesuai nak mancing talang di kelong mamud adalah seperti berikut iaitu 5,6,7, 9,10,11, 19,20,21,23,24,25 kalendar hijrah dan bergantung dengan arus semasa dan setempat.



kalau kena masa dan teknik.. tidak mustahil


salah satu teknik yang biasa di gunakan oleh pemancing ialah menggunakan apolo. Apolo mata merah berbulu warna-warni paling diminati talang kelong mamud. Sebaliknya aku pula lebih suka menggunakan teknik umpan hidup. Di sini aku nak beritahu teknik menjinakan talang di kelong Mamud menggunakan umpan tamban hidup atau selar hidup.

Ikan talang memang pandai curi umpan terutama talang2 junior.Jadi, penggunaan mata kail yang kecil sebesar mata kail gelama dan perambut panjang sedepa memberikan lebih peluang anda menaikan ikan talang. Selain itu anda perlu mengetahui juga kawasan mana port utama ikan talang mencari makan samada depan atau belakang kelong. Kalau talang berada di depan kelong, kebiasaannya tidak akan ada strike di belakang kelong.

Aku harap sedikit tip ini boleh menjadi panduan buat kaki2 pancing terutama kepada mereka yang baru berjinak2 memancing di kelong Mamud.



Sumber : http://jenahakpanggang.blogspot.com/




Sumber : http://jenahakpanggang.blogspot.com/

0 Response to "MEMANCING TALANG DI KELONG MAMUD KUALA LUKUT"

Post a Comment