|
bergambar di Perhilitan Taman Negara merapoh |
Sebenarnya aku tak plan langsung nak pergi ke Merapoh kerana setahu aku Merapoh hanya terkenal untuk aktiviti mendaki daan menjelajah gua sahaja. Entah macam mana suatu hari aku dapat panggilan dari En Muaz iaitu salah seorang penggiat aktiviti kayak di Malaysia. En Muaz ajak aku pergi berkayak sambil memancing di Taman Negara Relau Merapoh. Menurut en Muaz Taman negara telah membuka pakej berkayak dan berkenu di Sg Tanum sambil memancing.
Pada perancangan awal, ramai yang nak pergi tetapi telah menarik diri di saat akhir dengan pelbagai alasan yang selalu dah dengar. Aku tak lah kisah sebab memang dah faham kalau kena keluar dua tiga hari. Oleh kerana ada kekosongan, aku cuba ajak wartawan Amang dan Faiz dari majalah Umpan ke sana. Aku sengaja ajak Amang kerana beliau memang minat casting di jeram tetapi tak berupaya nak tracking. Pada fikiran aku, berkayak memang sesuai dengan beliau. Setelah persetujuan mencapai kata sepakat maka kami bertolak pada malam jumaat dari Puncak Jalil (Kedai alatan rekreasi milik En Muaz) bersama 2 buah kayak. Manakala 2 buah kenu kami sewa sahaja dari Taman Negara.
|
di garisan permulaan |
Sesaampai di Perhilitan Relau kami buat pembayaran serta mendapatkan permit memancing dan permit kamera. Kayak dan kenu di masukan ke dalam Hilux dan barang2 kami yang lain termasuk kami di dalam Hilux yang lain. Perjalanan kami ambil masa lebih kurang 15 minit juga sebelum sampai ke destinasi permulaan kayak melalui jalan berturap tinggalan Angkatan Tentera Malaysia. Setelah sampai, segala peralatan terus dipunggah ke dalam kayak dan kenu. Maka bermulalah expidisi berkayak sambil memancing di Sg Tanum.
Baru seminit berkayak. kami dah melului jeram mini. Sebuah kayak dan 2 buah kenu berjaya melepasi halangan pertama tetapi kayak aku bersama faiz telah mengalami masalah stereng telah terbalik( hehehe cover la sikit). Habis basah pakaian dan termasuk sebuah kamera Majalah Umpan. Pada sejam yang pertama kami hanya berkayak sahaja walaupun nampak kelah dan tengas bersimpang siur bawah kayajk sahaja. Bukan apa, kena cover la juga supaya tak dikatakan jakun hehehe….. Selepas sejam berkayak, aku nampak Amang yang jadi penumpang kenu dah mula melontar, kami pun apa lagi. Walaubagaimanapun, melontar joran dari atas kayak double agak sukar. kalau aku lontar, Faiz tak boleh lontar. Tetapi lain pula dengan kayak single, aku nampak Muaz selamba dan cool saja melontar gewang.
|
walau terbalik namun masih steady kayuh |
Walaubagaimanapun expidisi ini bukan lebih tertumpu kepada memancing kerana Muaz sekadar nak servay perjalanan sungai dan jeram. Memang banyak jeram2 mini dan halangan2 mini yang kami tempuhi. Begitu juga dengan lubuk2 kelah dan tengas yang dalam di mana airnya hitam dan menunjukan ke dalaman lubuk. Boleh di katakan setiap satu selekoh atau halangan pasti akan terjumpa dengan sebuah lubuk. Kalau bukan kerana kami sekadar nak servay dah pasti aku duk bertapa di setiap lubuk. Memandangkan masa perjalanan kami masih jauh, maka kami sekadar melontar gewang di tempat2 tertentu sahaja. Nampaknya rezeki aku dan faiz hanya rezeki mata sahaja melihat kejor dan tengas meligan gewang tetapi tiada hook. Sebaliknya Amang pula berjaya menaikan 2 ekor ikan kejor bersaiz setapak tangan.
Oleh kerana perjalanan hari pertama kami mula lambat, kami terpaksa bermalam ditapak perkhemahan ciptaan guide sahaja memandangkan hari nak hujan. Malam tu memang hujan betul dan kami banyak menghabiskan masa dengan makan dan berbual sahaja. Nak mancing apa kalau dah kesejukan sehingga ke tulang sum-sum. Akhirnya kami melayan tidur sehingga kesiangan, ingatkan awal lagi rupa2nya dah lewat tengahari. Kegelapan kerana hari hujan dan keredupan dalam hutan membuatkan kami tak perasan hari dah lewat.
Sumber :
http://jenahakpanggang.blogspot.com/ Sumber :
http://jenahakpanggang.blogspot.com/
0 Response to "BERKAYAK DAN BERKENU SAMBIL CASTING DI TAMAN NEGARA RELAU(Hari pertama)"
Post a Comment