Memancing bukan sekadar hobi yang banyak menguji kesabaran dan ketabahan kita, malah mengajar kita erti bersyukur dengan rezeki yang diberikan Tuhan pada hari ini.
Niat memancing diatas jambatan ini adalah untuk memancing Siakap Merah/Mangrove Jack (MJ) atau nama saintifiknya Lutjanus Argentimaculatus. Tetapi, seekor Mangrove Jack pun tak ada yang menerkan umpan udang hidup kali ini.
Selalunya, ketam inilah yang selalu menjamah umpan terlebih dahulu. Rezeki dah tertulis maka, ketam bakau ini berjaya dinaikkan dengan menggunakan mata kail sahaja. Syukur sangat sebab mata kail tercangkuk dipangkal sepit ketam ni kalau tak memang tak boleh naik ke darat. Sebenarnya, dah lama teringin nak makan ketam ni, tapi nak beli mahal pulak haha.
Moral Of The Story
Bukan semua yang kita impikan boleh tercapai. Janganlah kita merasa kecewa jika impian kita tidak tercapai kerana ada yang lebih baik telah ditentukan untuk kita. Sentiasalah bersyukur dan muhasabah diri.
0 Response to "Mangrove Jack Dicari Ketam Yang Dapat"
Post a Comment