CARI LAUK DI KELONG MAMUD



kelong mamud tengah
Pada 14 dis merupakan hari yang paling cun nak cari lauk di kelong Mamud. Kalau ikut jadual arus hari kedua sebelum arus jadi bani. Waktu ni arus arus masih berjalan tetapi agak perlahan. Selain memancing di kelong Mamud tengah, suai juga memancing di tengah laut. 

aku tahu sekarang ni musdim talang. jadi suai kalau nak cari ikan buat lauk. Pada hari ahad aku naik kelonbg. Aku sampai awal pagi kerana talang memang aktif pada waktu pagi. Sesampai di kelong, Rizal juga ada di kelong. Dalam tong ais Rizal aku lihat dah ada beberapa ekor talng dan sekor ebek kecil. 

Aku terus buat perambut. Dalam masa aku buat perambut, Rizal dah naikan 4 ekor talang lagi.

Aku pun terus pasang 3 joran. 1 joran apolo dan 2 lagi joran cari lauk. Aku cakuk seekor tamban dan lontar. Aku pusing badan sahaja terus dapat satu strike . Aku cakuk sekor lagi dan juga terus dapat strike. Pagi tu aku dapat 6 ekor talang. 

Pada pagi esok, aku hanya dapat talang pada awal pagi. Selain itu, aku dapat juga seekor jenahak dara dan 2 ekor anak baracuda rempit. Beberapakali juga perambut aku putus dikerjakan baracuda rempit yang sering mengejar umpan yang ditarik. Pada malam aku tidur, sekekumpulan pemancing berbangsa Cina telah menaikan seekor siakap menggunakan teknik koyan. Memang bertuah betul mereka. Siakap tu tepat jam 2 pagi. Aku sekadar bergambar sebagai kenangan dan bukti kewujudan siakap di kelong Mamud.

 Semasa berada di jeti aku terserempak dengan kawan oldtimer yang baru pulang dari kelong tepi Mamud. Hasil beliau juga lumayan walaupun arus hampir mati. 50 ekor anak talang, 10 ekor senangin buih, 2 ekor senangin putih, seekor gemang dan juga gelama. Hampir penuh tong. Aku memenang respek dengan oldtimer ni. memang legend.




bergambar dengan hasil orang



hasil aku dan kawan

Sumber : http://jenahakpanggang.blogspot.com/




Sumber : http://jenahakpanggang.blogspot.com/

0 Response to "CARI LAUK DI KELONG MAMUD"

Post a Comment