Ramai orang dah tahu, kesalamatan ketika memancing amatlah penting tapi masih ada lagi langkah-langkah kesalamatan yang diabaikan oleh kita. Ini kerana kita beranggapan itu adalah perkara kecil.
Tetapi, kecil-kecil pun kesalamatan harus kita dulukan. Seperti pepatah melayu “air yang tenang jangan disangka tiada buaya” dan “malang tidak berbau”. Maka ingat-ingatlah kepada orang tersayang. “Sediakan Payung Sebelum Hujan”.
KETIKA MEMANCING DI SUNGAI:
1. Mesti berpasukan
2. Memastikan tempat yang dituju kita ketahui (ada binatang liar atau tidak seperti buaya / ular dll)
3. Memaklumkan kepada orang terdekat tempat kita tuju
4. Sentiasa membawa alat perhubungan (Telefon Bimbit)
5. Kalau naik bot, perlu ada jeket kesalamatan
6. Mesti membawa kits perubatan.
KETIKA MEMANCING DI LAUT:
1. Mesti berpasukan
2. Kenalpasti bot yang digunakan dalam keadaan selamat (ada jeket kesalamatan, alat perhubungan, kukuh dll)
3. Memaklumkan kepada orang terdekat tempat kita tuju (kalau perlu buat repot kepada pihak berkuasa seperti polis / merin / meritim)
4. Tengok cuaca (jangan turun ketika musim ribut / hujan)
5. Rancang perjalanan dengan teratur dan terperinci
6. Mesti membawa kits perubatan
Sekiranya kita mengamalkan langkah-langkah kesalamatan ini, mudah-mudahan perjalanan trip memancing kita akan lebih terjamin. Yang paling penting adalah usaha itu, sebab bala bencana itu atas kekuasaan Allah yang Maha Mengetahui.
0 Response to "Langkah-Langkah Keselamatan Ketika Memancing"
Post a Comment