|
Gang pakej yang aku bawa |
Nak jadi cerita, aku bawa satu pakej seramai 5 orang ke kelong Mamud. Sewaktu tu air dah hampir mati di mana arus dah perlahan sangat. Nasib aku dan gang pakej aku memang baik kerana masih berjaya menaikan seekor gubal dan juga beberapa ekor ikan tang dan daun baru.
Keesokan hari nya, gang pakej aku tu pulang. Rizal pula mengajak aku naik kelong Pozi. Aku beritahu Rizal lebih baik naik kelong Mamud memandangkan segala peralatan memancinmg aku yang belum dikemaskan lagi.Selain tu, aku juga beritahu Rizal bahawa di kelong mamud masih boleh dapatkan umpan tamban hidup tetapi mungkin sebaliknya di Kelong Pozi. Apa2 pun matlamat aku yang sebenar ialah aku nak geledah skil memancing di kelong mamud kerana aku nak buka pakej di Kelong Mamud memandangkan pakej aku dah terhad di Kelong Pozi kerana asyik kena pow dengan orang lain.
Hari pertama Rizal naik tu aku tak memancing pun memandangkan aku perlu rehat selepas kepenatan melayan pakej aku yang baru pulang. malam tu aku tidur awal dan malam tu juga aku dengar kekecohan di luar bilik kerana ribut melanda. Aku tetap teruskan aktiviti tidur kerana badan aku terasa sangat letih.
Keesokan paginya, aku memulakan aktiviti memancing seperti biasa. Target aku dan Rizal ialah cara mana nak memikat tenggiri. Oleh kerana arus air dah mati, aku guna teknik hanyut tanpa batu ladung berumpan anak tamban yang kecil2 sahaja. Pancing aku memang dapat ragutan tetapi semuanya rabut sahaja. Memang ada ikan kerana umpan terus sahaja mendapat sambutan apabila umpan masuk dalam air tetapi semuanya rabut.
|
sebahagian dari hasil |
Aku cuba tukar kepada umpan dan mata kail yang lebih kecil. Nampaknya teknik kali ini lebih berkesan kerana apabila sahaja umpan mencecah air terus mendapat sambaran. Ikan parang berselang seli dengan talang dan tenggiri telah sudi menyambar umpan. Syaratnya mudah sahaja iaitu menggunakan tamban hidup yang kecil sahaja. Jika guna tamban yang kasar sedikit, ikan parang tak meragut umpan mungkin kerana tak muat mulut barangkali.
Dari pagi hingga petang tu hampir 40 ekor talang, parang dan tenggiri kami kerjakan. Itu pun boleh tambah hasil lagi jika kami boleh mendapatkan anak ikan tamban yang kecil sahaja. Nasib memancing memang begitu, jika ikan mahu buka mulut membaham umpan, memang susah pula nak dapatkan umpan. Apa2 pun aku memang happy dapat layan ikan parang walaupun tak la sebesar mana. Tapi, kalau guna reel kecik dengan joran yang lembut pasti juga terasa melayan ikan tersebut.
|
boleh tahan juga kalau layan talang saiz begini guna set ringan |
Sumber :
http://jenahakpanggang.blogspot.com/ Sumber :
http://jenahakpanggang.blogspot.com/
0 Response to "PESTA IKAN PARANG DI KELONG MAMUD"
Post a Comment