Throwback: Mengubat Rindu Di Rompin





Rindu rasanya hendak memancing di Rompin yang terkenal dengan ikan layarannya. Pelbagai cerita hebat dari rakan-rakan yang telah menduga rompin dan ikan layaran pada akhir tahun lepas di sampaikan kepada saya. Berita sedemikian membuatkan saya tidak senang duduk dan dengan segera perancangan ke Rompin untuk memancing telah dibuat.




Walaupun pada masa tersebut ialah bukan waktu terbaik untuk memancing ikan layaran, niat saya tetap teguh untuk memancing di Rompin. Selepas membuat tempahan bot dengan salah seorang pengusaha bot terkenal di Rompin iaitu Nuries dan isterinya Pn. Rose, saya dengan segera bergerak menuju ke Rompin pada akhir tahun 2014. Kegelisahan juga melanda saya kerana waktu tersebut bukan waktu sesuai untuk memancing kerana musin monsoon akan berlaku bila-bila masa sahaja. Setibanya saya di Rompin bersama 4 orang rakan-rakan saya yang lain, kami di sambut mesra oleh Rose di jeti. Tanpa membuang masa kami terus menuju ke lokasi yang dijanjikan . Perjalanan kami juga disertai oleh Pn. Rose yang ingin memancing bersama-sama dengan kami


Pn. Rose yang turut serta memancing bersama kami


Setibanya kami di Pulau Berhala, kelihatan pukat banyak dilepaskan oleh nelayan. Keadaan ini menjadikan peluang kami untuk memancing terbantut. Oleh kerana itu kami lebih focus kepada teknik trolling  dengan harapan ada ikan predator yang sudi melayan kami.




Pulau Berhala


Trolling


Strike pertama dari saya dengan teknik trolling


Fish On..!!


 Dan ini hasilnya…Great Barracuda



Close up Great Barracuda


Strike kedua dari rakan saya Panjeng.


Hasil yang sama.


Kemudian Zul pula menerima strike..!!


Tenggiri berjaya ditawan oleh Zul


Kemudian masa tidak mengizinkan kami untuk kekal lebih lama di lautan. Kami terpaksa bergerak pulang menuju kedaratan. Sempat pula kami singgah bertemu bot yang lain kepunyaan Pn.Rose semasa dalam perjalan pulang dan inilah yang sempat dirakan oleh saya.







Untuk sebarang tempahan bot di Rompin bolehlah menghubungi no.tel seperti di bawah.


Nuries: +0179558522

Rose: +0179265869












sumber rujukan : maxxpeacock.blogspot.com



0 Response to "Throwback: Mengubat Rindu Di Rompin"

Post a Comment