Dalam setahun, kadang-kadang 2 hingga 5 kali turun ke laut untuk memancing, maklumlah hobi ini memang agak mahal. Selain itu, keizinan daripada isteri dan anak-anak amatlah penting sebelum pergi mencari rezeki. Ramalan kaji cuaca hendaklah menjadi rujukan utama sebelum pergi meneruskan perjalanan.
Pemancing tegar pun yang berkali-kali turun laut ada masanya mabuk laut juga. Bergantung kepada tahap kesihatan dan keadaan ombak laut itu juga. Disini, Elih ingin berkongsi kepada anda semua beberapa petua yang Elih amalkan dan petua daripada orang tua-tua juga rakan-rakan memancing yang lain.
Cara-cara mengatasi mabuk laut ketika memancing:
- Sebelum pergi meneruskan trip memancing, pastikan anda sihat dan mendapat tidur yang secukupnya.
- Jangan makan terlalu kenyang sebelum ke laut. Diatas bot nanti pasti perut bergoncang dan enganggu sistem pencernaan dan buatkan anda rasa masuk angin, mual dan seterusnya muntah.
- Makan ubat tahan mabuk setengah jam sebelum bertolak.
- Semasa diatas bot, jangan terlalu membongkok dan fokus kearah ombak. Jika anda berbuat demikian, mabuk akan cepat dialami.
- Pastikan anda jauh daripada bahagian enjin kerana bau asap enjin juga boleh menyebabkan mabuk
- Orang tua-tua kata, sebelum memulakan perjalanan ambil air laut, berkumur-kumur dalam mulut dan minum sedikit.
- Jangan melakukan kerja-kerja lain semasa bot bergerak, memasang mata kail dan membuat perambut sebaiknya dilakukan dirumah. Fikiran dan penglihatan anda terganggu boleh mengakibatkan mabuk.
- Kalau rasa nak muntah, muntahkan saja. Tidur sekejap dan bangun untuk teruskan semula aktiviti memancing.
Semoga petua-petua ini dapat membantu anda mengatasi mabuk laut ketika memancing. Sejujurnya, Elih pun kadang-kadang mabuk laut juga. Kalau ombak tinggi, selalunya ‘check-in’ sampai ke pagilah jawapnya haha..
0 Response to "Cara Mengatasi Mabuk Laut Ketika Memancing"
Post a Comment