Entri kali ini mahu peminat kaki pancing berkongsi pantang larang mahupun petua ketika mahu melakukan aktiviti memancing. Mungkin ada di kalangan kaki pancing masih mempercayai mitos, pantang-larang mahupun petua ketika memancing dan ada juga yang menolak bahawa sikap handal memancing hanyalah bergantung pada sikap cekap dan penyabar pemancing, bukan percaya mengikut petua semata-mata.
Apabila tiba musim udang galah, ramai kaki penangkap udang sepit biru ini akan turun ke lubuk. Setiap kali ke lubuk udang galah, kebanyakan kaki penangkap udang ini sedia maklum mereka tidak keseorangan sebaliknya ditemani buaya. Maka, sikap waspada perlu ada.
Hal ini kerana udang galah biasanya menempel pada badan buaya untuk memakan keritip di tubuh badan buaya. Pendek kata, di mana ada udang galah, di situ ada buaya. Oleh demikian, kaki pancing tidak digalakkan membuang makanan berdarah seperti daging atau ayam di kawasan pancing udang. Jika anda berada di sungai yang dipercayai ada buaya, elak gunakan umpan tepung yang digaul dengan kunyit. Buaya tidak suka bau kunyit dan buaya boleh mengamuk serta mendatangkan bahaya kepada pemancing.
Bagaimana pula adab ketika memancing di dalam bot atau sampan? Ada yang menganggap naik bot sama seperti masuk ke rumah di mana anda dilarang memakai selipar atau kasut. Ia seolah tanda hormat atau adab ketika berkunjung ke kawasan asing.
Ada juga pantang larang menegas pemancing menjuntai kaki kedalam air semasa memancing atau berehat. Tapak kaki kita akan kelihatan putih semasa didalam air dan ini boleh menarik perhatian ikan seperti jerung atau buaya untuk menyambarnya.
Dari segi pantang larang peralatan pula, ada kaki pancing percaya untuk tidak melangkah joran atau pancing yang digunakan. Kononnya khuatir umpan tidak akan dimakan oleh ikan. Selain itu, pemancing yang baru berjinak-jinak dalam dunia memancing dinasihatkan untuk tidak membuat bunyi bising, tidak bercakap besar dan bermulut celupar.
Kesimpulannya, anda sebagai kaki pancing pasti mempunyai pantang larang sebelum memulakan aktiviti memancing. Percaya atau tidak, semuanya terpulang pada anda kerana pantang larang atau mitos ini mungkin sebagai pengajaran supaya pemancing lebih berhati-hati dan berwaspada.

0 Response to "Kaki Pancing VS Pantang Larang"
Post a Comment