Secara tiba-tiba teknik Slow Pitch Jigging telah menjadi kegilaan kaki jigging di negara ini. Di tambah pula dengan gambar tangkapan yang mantap telah menjadi viral hasil daripada penggunaan teknik Slow Pitch Jigging telah mempengaruhi ramai peminat jigging untuk mencubanya. Dikatakan teknik ini mempunyai lebih banyak kelebihan berbanding teknik jigging sedia ada. Set yang digunakan untuk teknik ini hendaklah tepat untuk memastikan teknik ini dapat diaplikasikan secara berkesan.Oleh itu saya ingin berkongsi secara ringkas tentang teknik jigging yang sedang menjadi kegilaan ini.
Slow Pitch Jigging
Slow Picth Jigging yang dikatakan berasal dari Japan ialah teknik atau rhythm mengarau reel dan menggunakan rod semasa jigging. Teknik ini dilakukan dengan padanan rod atau set kelas ringan. Malah ianya digayakan dengan secara lembut dan perlahan. Selain itu teknik karauan yang boleh dilakukan dalam Slow Pitch Jigging ialah seperti Jerk Action dan Long Falling. Ini adalah dilakukan untuk mengayakan persembahan jig di dalam untuk menarik minat ikan menghentam jig.
Jig
Jig yang digunakan untuk teknik jigging ini mempunyai bentuk bujur berbeza dengan jig yang sedia ada yang berbentuk memanjang. Dari tunjuk ajar dari rakan saya, dikatakan jig sedemikian mempunyai titik berat di tengah-tengah jig dan ianya akan mempengaruhi persembahan jig di dalam air. Assit hook juga di pasang di kedua-dua belah atas dan bawah jig seperti gambar di bawah.
Berat jig yang digunakan bergantung kepada arus dan kekuatan rod yang digunakan. Persembahan jig amat penting ketika melakukan slow pitch jigging ini. Untuk lebih jelas saya sertakan gambar sebagai rujukan.
Rod & Reel
Rod yang digunakan untuk teknik ini adalah dari kelas ringan. Kebiasaanya rod akan dipadankan dengan reel jenis BC atau jenis mendatar. Kini pelbagai jenama rod dan reels yang telah mengeluakan product untuk teknik pancingan ini.Terdapat juga pemancing yang gemar menggunakan set jenis spinning reel. Rod yang sering digunakan berkekuatan PE1-2 atau PE 1-3. Bagi yang gemar dengan aksi ikan yang lebih besar ada juga yang menggunakan rod yang berkekuatan PE 4. Rod ini banyak dipadankan dengan reel mendatar atau BC seperti Ocean Jigger 1500HG atau Ocean Conquest. Bagi peminat kekili spinning, memadai dengan mengunakan spinning berkekuatan 2000 series hingga 3000 series. Tali utama yang digunakan pula berkekuatan 15lb hingga 30lb. Rod yang mempunyai lifting power yang baik juga memberi kesan dalam membantu mengayakan jig semasa slow pitch jigging ini.
Kelebihan teknik jigging ini ialah ianya tidak mensasarkan sesuatu jenis ikan yang berada di kedalaman tertentu. Dari ikan dasar hingga ikan pelagik yang sering berada ditengah-tengah laut boleh dipujuk oleh teknik ini.
Tips and Techniques
Untuk lebih detail dan mudah faham, saya sertakan penerangan panjang lebar dari Angler’s Republic of Japan tentang teknik Slow Pitch Jigging ini. Semoga penerangan ringkas ini dapat memupuk lebih ramai pemancing untuk mencuba teknik Slow Pitch Jigging ini. Untuk lebih detail, saya syorkan rajin-rajinlah mencari maklumat di internet atau Youtube kerana pelbagai info tentang teknik ini mudah ditemui. Selamat mencuba
sumber rujukan : maxxpeacock.blogspot.com
0 Response to "Apakah itu Slow Pitch Jigging?"
Post a Comment