Gewang Dan Teknik Casting Siakap


Siakap atau juga dikenali sebagai ikan Kakap putih yang disebut Barranmudi dalam bahasa engrish. Ikan Siakap merupakan ikan air tawar dan air masin yang bermaksud ikan ini mampu hidup dalam dua perairan. Nama saintifik bagi ikan ini ialah “Lates calcarifer”.

Ikan Siakap merupakan ikan pemangsa yang menjadikan anak-anak ikan. udang, serangga kecil seperti cengkerik dan cacing sebagai dietnya. Untuk memancing ikan siakap adalah lebih mudah menggunakan umpan dietnya. Udang adalah umpan yang sinonim ketika kaedah memancing teknik bottom, tetapi apakah umpan dan teknik kasting ikan siakap?


3 Faktor Yang Perlu Di Ambil Kira Ketika Memancing Siakap

Ikan Siakap
Siakap 2.7 kg – Wan Caster


#1 Kasting Mengikut Waktu Makan Ikan


Seperti kebanyakkan ikan yang lain, siakap juga mempunyai waktu makannya sendiri. Kebiasaanya ikan siakap mula mencari makanan sekitar jam 4.00 petang6.00 petang, 11.00 malam – 12.00 tengah malam, 3.00 pagi-4.00 pagi. Angin juga memainkan peranan penting dalam menentukan diet ikan siakap. Angin laut yang tidak terlalu kencang adalah masa yang sesuai untuk memancing siakap.


#2 Keadaan Air


Ketika air pasang naik adalah waktu siakap ligat mencari makanan. Ia kemudiannya akan kurang mencari makanan sebaik sahaja air pasang penuh. Kemudian siakap akan mula mencari makanan kembali ketika air mula turun.


#3 Gewang Untuk Siakap


Jenis gewang yang sesuai untuk casting siakap adalah dengan menggunakan gewang minnow jenis deep diver.  Contoh gewang yang biasa digunakan seperti X-rap, Rapala husku, Rapala barra dan banyak lagi. Ada juga yang mengatakan gewang killer untuk siakap adalah Rapala Maxrap. Jenama Yojuri juga dikatakan antara gewang killer untuk casting siakap. Untuk merasai debaran casting siakap anda juga boleh cuba mengunakan gewang top water seperti gewang pencil.

Soft plastict (SP) kini juga menjadi pilihan untuk memburu spesis siakap ini.  Anda boleh lihat jenis sp yang digunakan pemancing lain di youtube.


#4 Ketahui Rumah Siakap


Jika memancing di sungai, cubalah casting di kawasan yang mempunyai banyak reba, cerucuk atau pohon bakau yang tumbang.


#5 Pendekkan Tempoh Pertarungan


Ikan Siakap adalah ikan yang kuat melawan. Jika memancing ikan siakap liar pastikan reel,rod dan tali yang digunakan bersesuaian untuk perlawanan berat. Elakan ikan siakap membawa gewang anda ke kawasan reba bagi mengelakkan anda berputih mata. Ikan Siakap juga mampu melompat untuk melepaskan gewang. Gunakan kaedah yang sama untuk casting ikan tarpon.

Kami akan mengulas lebih lanjut kaedah memancing ikan siakap[1] terutamanya siakap liar apabila admin berkelapangan untuk turun padang bertemu dengan rakan-rakan yang rajin memancing siakap.


[2]
[3]

Share on Google Plus
[4]

SUBCRIBE OUR FREE NEWSLETTER: WRITE BY Tejaoo wg

Jika anda berminat dengan artikel kami, subcribe secara percuma dan kami akan hantar artikel terus ke email anda : SUBCRIBE TEPEN CASTER[5]

References

  1. ^ kaedah memancing ikan siakap (www.tepencaster.my)
  2. ^ (www.blogger.com)
  3. ^ (www.blogger.com)
  4. ^ Share this on Google+ (plus.google.com)
  5. ^ SUBCRIBE TEPEN CASTER (eepurl.com)



Sumber : http://jenahakpanggang.blogspot.com/

0 Response to "Gewang Dan Teknik Casting Siakap"

Post a Comment