TEKNIK RAHSIA MANCING IKAN DURI MARLIN

Ramai pemancing tertanya-tanya nama ikan duri yang bermuncung dan berwarna kekuningan dan mempunyai lendir yang hamis ini.


Nama ikan duri ini ialah ikan duri Kuning @ Kunyit ada yg memanggil Seludu Kuning tetapi aku kenali ikan ini dari arwah abang ipar aku dengan nama ikan duri Marlin mungkin mendapat gelaran kerana tabiatnya yang suka ‘menggambur’ diatas air seperti ikan Marlin kot…



 Ikan duri tergolong antara ikan yang paling banyak mendominasi perairan pesisiran pantai Malaysia, antaranya ikan duri Jahan,Ikan duri Mayong, ikan duri Muncung, ikan duri Mino, ikan duri Lorek, ikan duri kepala licin, ikan duri Sodok, ikan duri Tompok, ikan duri kuning, ikan duri Sumetra, ikan duri Pedukang dan belum lagi spesis yang hampir sama dengannya seperti sembilang,usat dan belukang.




 Ada juga spesis ikan duri ini dikawasan air tawar seperti Baung,keli patin dan sebagainya.


 
Apabila air pasang ikan ini akan menampakkan dirinya dipermukaan air dan bagi pengail yang menanti ketibaan ikan ini akan segera menukar teknik pancingan bagi menjerat ikan ini yang kebiasaanya mudah diperolehi sebesar lengan orang dewasa anggaran 2-3kg…




Ramai yang beranggapan ikan duri ini spesis yang makan menyambar maka tak hairan lah ada yang menggunakan teknik pancingan umpan hidup samada cara casting atau berpelampong.
Hasilnya pasti akan ‘kumpau’kerana ikan duri ini sebenarnya menggambur dipermukaan air adalah sekadar untuk menggambil udara sahaja dan tabiaat permakanannya adalah seperti ikan-ikan duri lain iaitu mencari makan didasar sungai atau laut. Misainya sebagai radar mengesan menu makanannya.




Sebenarnya ramai pemancing yang hampa untuk mendapatkan spesis ikan duri ini,antara faktornya adalah keadaan air,umpan dan teknik perambut.



Lokasi memperoleh ikan duri Marlin ini adalah di kuala atau Muara-muara sungai dan menggemari pantai berlumpur terutama area pantai Barat semenanjung.Mengikut pengalaman pemancing sendiri sering peroleh ikan ini daerah Pontian,Batu Pahat dan keatas,dan bawah pontian seperti Gelang Patah dan Selat Tebrau ikan ini sukar didapati.


Ikan duri ini mudah dijerat ketika air laut mula gerak pasang dan mula gerak surut. Kebiasaanya selepas pertengahan air gerak surut,arus sungai begitu deras dan sukar untuk memancing walaupun guna batu ladung yang agak besar.



Perambut untuk menjerat ikan ini tidaklah terlalu panjang cukup dalam sejengkal dari matakail iaitu dengan perambut pendek ‘getuan’ ikan ini mudah dirasai kerana spesis ini amat pandai menghabiskan umpan yang disogok.


Sementara saiz matakail usah terlalu kecil kerana daya tarikan ini boleh menghumban joran kedalam sungai dan dikhuatiri dapat mematahkan matakail kecil.


RAHSIA memikat ikan duri Marlin ini adalah umpan….iaitu RUAT BAKAU kerana inilah diet makanan kegemarannya.Ruat Bakau ini isinya liat dan baunya lebih hanyir.


Dengan seekor Ruat Bakau pemancing boleh menggunakan banyak kali dimana bentuk nya seperti cacing kadangkala panjangnya menjangkau sedepa panjang. Gunakan umpan ini dari bahagian belakangnya dulu bagi menjaga hayat Ruat Bakau ini.Ruat Bakau ini mudah diperolehi dikedai-kedai pancing sementara kawasan orang Asli selalunya ada menjual umpan Ruat Bakau ini. 


 Cubalah pemancing menggunakan isi ikan,isi udang atau hirisan sotong,pasti spesis yang diperoleh selalunya Sesirat@Belin atau Buntal. Kalau bernasib baik dapatlah anak ikan duri,ikan gelama , belukang atau terbaik sembilang juga pari.




Sementara umpun-umpun sarung atau wat pasir pasti diganggu oleh spesis Bebolos,ikan mengkerong atau anak gerut,kalau bernasib baik dapatlah Unga tanda,sembilang atau ikan cermin.




Semoga dengan sedikit ilmu yang diberi tadi dapat membantu rakan pengail terutama yang berhajat mencari ikan duri Marlin yang hamis ini untuk dijadikan lauk lazat terutama Asam pedas.



Sekian selamat memancing dari:Halaman Pengail Zulkiffleeh



Sumber: http://zulkiffleeh.blogspot.com/


1 Response to "TEKNIK RAHSIA MANCING IKAN DURI MARLIN"

  1. Main Games sambil cari Rupiah ?? Caranya gampang kok..

    Gabung aja bersama Agen Poker S1288POKER !!

    Segera jadikan S1288POKER sebagai Agen Poker Pilihan Anda.

    Info Lebih Lanjut Bisa Hub kami Di :
    BBM : 7AC8D76B
    WA : 08122221680

    ReplyDelete