
Mengail bukan sahaja boleh diketogorikan mengumpan bagi mendapatkan hasil tangkapan samada berupa ikan,haiwan,unggas atau apa sahaja makhluk termasuk manusia,dan mengail bukan sahaja menggunakan joran tetapi boleh menggunakan jaring dan penggunaan umpan bukan sahaja
penggunaan isi berinti pada matakail malah bunyi-bunyian juga boleh dijadikan umpan tangkapan.
Burung wak-wak dewasa kebanyakannya mempunyai warna kelabu gelap
pada bahagian belakang dan sisi,
dan kepala, leher dan dada putih.

Bahagian perut dan bawah ekor bewarna perang cerah Burung ini biasa terdapat berhampiran penempatan manusia tetapi amat sukar dilihat kerana ia akan terbang atau berlari menyorok apabila menyedari manusia menghampirinya.Anak burung bewarna hitam yang dapat dilihat apabila dibawa melintas jalan.
Burung ini menggunakan paruh dalam lumpur dan air berlumpur, juga memagut makanan yang dilihat. Ia makan serangga, ikan kecil, dan biji benih.
Ia merayau mencari makan di tanah atau di semak samun dan tumbuhan renek.
Ia merupakan burung yang bising, terutamanya pada waktu subuh dan maghrib,
dengan bunyi panggilan kuak,kuak yang kuat

Cara menangkapnya juga berbeza, antara cara menjeratnya teknik ‘Serkup Jaring’ dimana kita kena cari buluh dua batang,pacak agak2 tiga depa,Kemudian pasang jaring dan digantung botol yang dibubuh air.
Bila burung wak2 langar kita lepaslah tali tu supaya burung wak2 tergumpal didalam jaring

Ada juga pencari wak-wak menangkap burung tersebut menggunakan kaedah jerangkap,dimana ‘sawar’ atau‘Belat’dipasang bagi laluan wak-wak ke jerangkap ‘Racik’ yang dipasang dipenghujung pintu ‘belat/sawar’.

Rakaman bunyi wak-wak dipasang bagi tarikan burung tersebut ke perangkap.

Ada juga teknik menjerat wak-wak dengan meletakkan kail disepanjang paya. Beberapa kail seperti ‘tajor’ digunakan dengan berumpankan anak2 ikan parit,cara ini amat tragis dimana burung wak-wak akan memakan umpan yang mempunyai mata kail…
akibatnya matakail akan tersekat dileher wak-wak, sadis,sadis…
Kebiasaannya .Cara menangkapnya ialah dengan meniup pipit pada waktu malam
dimana penggunaan ‘jaring’ kerap digunakan bagi menangkap burung wak-wak sambil dialunkan dengan bunyi menekut serunai atau
dipanggil ‘pipit’ memanggil berturut-turut..

Jaring akan dipasang dikawasan lapang pada waktu petang berbentuk ‘L’ atau memanjang,dengan menggunakan tiang atau galah yang panjang dalam 20kaki.Jaring berkocek digunakan agar burung yang tersangkut akan terkurung dalam ‘kocek’ jaring.
tidak melihat kelibat jaring yang berwarna hitam,
sementara peniup serunai duduk macam ‘tok dalang’ dihadapan jaring memanggil berturut-turut.
sahutan wak-wak semakin hampir seorang lagi akan meniup dengan pantas agar wak-wak ‘terpukau’ untuk menghampiri bunyi spesisnya yang pelik itu lalu tesangkut dijaring.
Seorang lagi akan melepaskan burung yang tersangkut pada jaring agar burung lain tidak lari dari menghampiri perangkap.

Semasa remaja ada jiran sebelahan bermain serunai atau pipit tetapi berbunyi pelik “kuak,kuak (berturut2) kuakkkk……”tergerak hati untuk mengetahuinya. Jiran memberitahu fungsi serunai tersebut lalu mempelawa saya merasai pengalaman menangkap burung wak-wak bersamanya malam itu. ada tak kau baca apa-apa ayat?…”

Saya berkata memang ada maka ia berpesan “lain kali kalau ikut MENEKUT jangan baca apa-apa kerana kita memanggil SYAITAN”….(meremang bulu tengkuk)
bunyi seolah-olah bunyi kucing,kadang-kadang bunyi nyaring Helang dan seolah-olah bunyi hilaian sedih. 
dan kelibat kain putih yang bermain diatas jaring tadi adalah makhluk HANTU KELAMBU…(menyeramkan) Keseokan harinya barulah kami mengemas jaring tersebut. 
wak-wak kami memperolehi hasil yang amat banyak sekali. Keesokkan malam harinya kami ketempat semalam,kali ini hasil diperloehi bertambah 3X ganda dan bunyi sahutan wak-wak makin galak kedengaran.
Kami ulangi lagi untuk hari yang ketiga berturut-turut,kali ini bunyi wak-wak amat bising didengari diatas langit.
dipenuhi dengan burung wak-wak tadi dan menjerit segera pulang balik kerana apa yang kami lihat iaitu
awan hitam yang berupa gerombolan awan hitam tadi memenuhi atas langit tempat kami
menekut tadi.
Kami bernasib baik kerana segera pulang dari terima musibah,jika tidak pasti keesokan harinya akhbar akan memaparkan tentang KEHILANGAN 3 PENEKUT WAK-WAK.
Begitulah cerita tentang Burung Wak-wak yang telah semakin hilang dari pengetahuan generasi moden dan yang saya ketahui dan cerita misteri yang pernah saya alami sepanjang menjadi Pengail dan juga pemanggil burung wak-wak,semoga ia menjadi ilmu dan pedoman pada rakan pengail.







0 Response to ""MENEKUT' ATAU MEMANCING WAK-WAK"
Post a Comment