AMALAN UNTUNG NASIB PENGAIL

AMALAN UNTUNG NASIB PENGAIL



Bercerita diwarung kopi tentang persiapan pertandingan memancing 1st Mei ni, 
mengimbau cerita lalu zaman remaja yang sentiasa mempersiapkan peralatan memancing baik secara material mahupun kepercayaan mistik yakini berupa kepercayaan pada 
sesuatu azimat berupa tangkal atau pantang larang. Kebiasaannya petua atau pantang 
larang terlalu menebal diamalkan pada setiap pemancing sebagai dorongan bagi
 mendapat hasil tangkapan yang lumayan.



JORAN USAH DILANGKAH



Seperti mana menjadi pantang-larang pada pemancing agar tidak melangkah joran 
pancing,
kerana bukan hasil tangkapan sukar diperolehi malah joran yang dibeli mahal 
pasti akan menjadi aset yang layak disimpan di musium kerana andai diguna pasti tiada 
spesis ikan yang sudi menjamah…

UKURAN JENGKAL





 Setiap kali membeli joran baru pasti amalan menyukat ukuran panjangnya dengan 
menjengkal joran berkenaan melalui penggunaan ibu jari dan telunjuk tangan kanan bagi mendapat joran terbaik atau boleh dikata JORAN ADA ONG.Ukuran terbaik diguna pakai ialah pada ukuran bilangan jengkalan pada angka ganjil.iaitu ukuran 1-UNTUNG 2-SEDANG 3-RUGI dan dikira secara berturut-turut.





Seandai ukuran jengkal berakhir  dihujung joran dengan ukuran SEDANG,pasti hasil yang diperolehi "Yang sedang-sedang saja…" 
Dan mana andai ukuran jari sampai pada ukuran RUGI,secara Autometik dalam hati akan berkata "Tak beli pun tak pe lah…" 






Ini satu kepercayaan pada ketika itu. Malah ukuran 
itu juga turut dilakukan oleh sesetengah tukang rumah veteran yang beranggapan 
bahawa ukur ganjil itu boleh mendatangkan untung rugi pada tuan rumah. 




RENDAM MATA KAIL SEMALAMAN
Petua ni diperolehi dari seorang pak Dukun Indon yang mengsyorkan agar direndam semalaman matakail yang akan digunakan esok harinya sambil dibaca sepotong bacaan ayat (ayat semasa sujud untuk solat hajat) sebanyak 44kali.
Walaupun ia bagai karut tetapi berusaha dengan penggunaan ayat al-Quran sambil mengharap pertolonganNYA merupakan suatu ikhtiar.
Alhamdulillah mengikut pengalaman pengail sendiri, Keberkesanannya telah terbukti ,di mana pengail pernah daratkan 37 ekor Sembilang dengan mencuba kaedah ini.atau masa itu kebetulan sekawan ikan lapar melaluinya….wallahualam!
http://zulkiffleeh.blogspot.com/2012/05/normal-0-false-false-false-en-us-x-none_28.html

ELAK DARI MEMESAN HASIL TANGKAPAN



"Jangan lupa kalau dapat ikan itu,aku tempah dulu ye?"

'Alahai..'Itu lah ayat yang paling pantang dan paling ditakuti pemancing,mendengar nya 
orang cina cakap "suwey"kalau expidisi pancingan baru nak bermula, dah tentu ada 
kalangan rakan-rakan dipesan oleh sesaorang seperti ahli keluarga, jiran atau rakan-rakan ketika sedang bergegas nak kelaut memancing bersama teman-teman.


Menurut kepercayaan pemancing Otai dengan  adanya pesanan ketika sedang ingin pergi memancing, bakal meletakkan mereka berhadapan dengan kehampaan semasa mengail. Bukan sahaja kesukaran untuk mendapatkan sepesis ikan yang diminta,malah kerap kali 

juga aktiviti memancing pada hari itu pasti nya akan menemui kehampaan atau kata kaki kail 'kumpau'.

 Sedangkan ikan berkenaan bukan spesies yang sukar didapati, malah  sering 
mendaratkannya ketika mengail tapi  pelik, jika ada pesanan yang dibuat, ikan berkenaan bagaikan tahu untuk melarikan diri dan mengajak geng-geng yang lain menghindari 
umpan yang disogok oleh pemancing berkenaan.



TAK PERLU MANDI

Amalan pemancing dulu yang enggan mandi atau menggunakan pakaian yang tak 

berbasuh  iaitu menggunakan pakaian rasmi untuk memancing. Mengaitkan mengenai 
bau badan yang masam dengan  bau ikan  yang hanyir  yang dianggap ada sentuhan halus yang  intim. Agak sukar untuk menidakkan hubungan bau itu kerana mereka (pemancing/nelayan) dulu memang tidak mandi  kecuali dapat singgah bermalam dipulau agar 
berpeluang mandi tapi tangkapan ikan memang lumayan, ikan memang banyak.diperolehi


USAH LEPAS TANGKAPAN PERTAMA


Kebiasaannya tangkapan pertama adalah ikan spesis pengacau dan pemancing pasti akan melepaskan semula kedalam air,tetapi mengikut petua dulu-dulu ikan pertama diperolehi eloklah diambil sahaja kerana seperti di ketahui Rezeki usah ditolak dan pemancing otai beranggapan ikan yang dilepas tadi pasti akan menarik perhatian ikan lain menjauhi umpan yang disogok.


LEPASKAN ANAK IKAN KECIL


Sering rakan pengail apabila dapat ikan kecil berupa anak ikan seperti kekek,mengkerong sebagai ikan pengacau lalu ikan tersebut akan dimatikan agar tidak mengganggu lagi. Mengikut petua lama ikan kecil yang diperolehi eloklah dilepaskan semula dan berharap ada ikan besar yang akan menyambar matakail kelak.
Cubalah berseloroh seperti “anak ikan,anak ikan..ni aku lepaskan kau,nanti kau bawa ikan besar pula ye??…”lepaskan lah,bukan sahaja kita menjamin popularasi ikan malah kita tidak melupuskan spesis ikan tersebut.
Walau bagaimana pun Rezeki datangnya dari Allah jadi petua dan amalan hanya sebagai penghias suasana agar kita lebih beratika ketika menjadikan memancing sebagai Hobi yang berfaedah…




Sekian adanya…
Dari Laman Pengail:zulkiffleeh


Sumber: http://zulkiffleeh.blogspot.com/


0 Response to "AMALAN UNTUNG NASIB PENGAIL"

Post a Comment