SELUK UDANG GALAH ,BELALANG HIJAU DAN IKAN PATONG (BHG 1)

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 16/SEPTEMBER 2013

Terlihat rancangan di TV Discovery channel bagaimana diadakan pertandingan menangkap ikan keli gergasi terlintas dibenak kepala kenangan semasa kanak-kanak dimana pernah mempelajari satu teknik iaitu ‘Meraba udang galah” atau menangkap udang menggunakan tangan?Bunyi nya agak pelik tetapi itulah teknik yang pernah saya lakukan iaitu ketika umur dalam lingkungan 12tahun semasa zaman kanak-kanak.


Sekitar tahun 70’an Hulu sungai Pandan iaitu daerah Kangkar Tebrau air sungainya jernih belum tercemar seperti sekarang,terdapat pelbagai spesis ikan air tawar yang masih boleh diperolehi seperti ikan lampam, keli,talapia,baung,sebarau ,ketutu dan pelbagai lagi termasuk udang galah.


Masa itu sekitar darjah enam dimana waktu gemar berkawan,suka mencari pengalaman dan suka keluar menipu orang tua,dengan macam-macam helah menipu semata-mata ingin keluar bermain. Salah seorang rakan sekelas sering menceritakan pengalaman bersama bapanya menangkap udang galah,tersemat dihati teringin mencuba pengalaman sebegitu lagipun seumur-umur hidup tak kenal udang galah apa tah lagi merasainya.Terliur air liur apabila diceritakan keenakan rasa udang galah terutama masakan pais udang galah, akhirnya keputusan dibuat untuk menangkap udang galah di sg.Pandan Kg Kangkar Tebrau.


Dipendekkan cerita maka kami berempat selepas pulang dari sekolah tengahari bergegas kerumah rakan diKangkar Tebrau dengan berbohong kpd orang tua konon ada aktiviti  disekolah.Sesampai di Kangkar Tebrau rakan saya telah siapkan peralatan iaitu tali tangsi,mata kail ,jaring bonjot ikan,sauk rama-rama dan parang. Kenapa perlukan sauk rama-rama, matakail dan tangsi?”acara silingan kalau air masih penuh…” katanya ,pelbagai persoalan timbul tetapi terpaksa pendamkan kerana masih ‘zero’ tak mengerti apa-apa…


Perjalanan kesungai meredah melalui belukar dan paya,perasaan takut dipendamkan, terpaksa beranikan diri,sesampainya di sungai air masih penuh lalu rakan ajak dan diajar mencari cacing tanah dan belalang hijau. Rupanya acara silingan adalah memancing ikan,dan barulah saya tahu bagaimana mencari belalang hijau untuk dijadikan umpan.


 Berhampiran tebing sungai tersebut terdapat padang rumput lalu rakan saya mengibas-ngibas sauk rama-rama diatas rumput maka dapatlah beberapa ekor belalang hijau untuk dijadikan umpan ikan,ikan apa ye?….. Bodoh dan tiada pengetahuan langsung ,lalu rakan saya mengajak kesuatu tempat iaitu paya tinggal iaitu anak sungai lama yang muara nya terhalang dengan benteng pasir.

Diajarnya kami mengikat matakail dengan jorannya dari sumber alam iaitu buluh,dengan memotong belakang selipar jepun untuk dijadikan pelampung dimana seandai umpan dicuri ikan pelampung akan bergerak-gerak maka bersedialah untuk menyembat,semuanya merupakan pengalaman baru bagi saya.

Mulanya cuma umpan cacing digunakan dan kami teruja apabila mendapat beberapa ekor ikan Talapia sebesar tapak tangan kami, maklumlah seumur-umur tak pernah mancing.Setelah lama memancing dan air sungai Pandan sedang gerak surut sementara ikan talapia pun dah banyak kami perolehi lalu saya bertanyakan perihal belalang hijau, “pesan bapa aku kalau ikan dah senyap tak makan umpan, bolehlah guna belalang hijau untuk umpan PATONG”..



Ooo..Ikan Patong???!!!sejenis ikan seperti talapia berwarna coklat dan bersisik keras,gemar mendiamkan diri seperti namanya dan umpan menjeratnya iaitu cengkerik.Zaman 70’an cengkerik masih belum popular cuma umpan seangkatannya adalah belalang hijau,teknik pancingan yang digunakan menggunakan pelampung kecil bagi melihat gertuannya. Seketika menunggu dapat jugalah beberapa ikan Patong,  masa berlalu akhirnya ikan patong kurang menyambar umpan lalu rakan berkata “pesan bapa aku kalau Patong senyap maka goyang, kacau dia…”

 Goyang,kacau ikan???orang pancing nak senyap ni perlu  pula usik ikan,pelik-pelik…seketika lihat rakan meniti di ranting ketengah paya lalu dihenjut-henjutnya dahan dikaki membuatkan kocakan dipermukaan air lalu segera ia melabuhkan pancing berpelampung ditengah paya,terbukti benar… seketika terdapat sambaran Patong maka kami yang lain segera mengikuti tekniknya.Hasilnya banyak ikan Patong yang kami perolehi.

Bersambung bahagian 2 dipaparan akan datang…



Daripada Laman Pengail: ZulkiffleeH

Sumber: http://zulkiffleeh.blogspot.com/


0 Response to "SELUK UDANG GALAH ,BELALANG HIJAU DAN IKAN PATONG (BHG 1)"

Post a Comment