Memancing Siakap selain di laut, Siakap juga boleh dipancing di sungai,Benteng Pemecah ombak atau dipintu air. Memancing di sungai hampir sama dengan mancing di laut. Dalam hal ini sungai yang banyak ikan adalah sungai yang banyak reba atau berupa cerucuk atau dahan pohon bakau yang mencecah di air.
PINTU AIR



BENTENG PEMECAH OMBAK



Dan bagi mengatasi permasalahan akibat hakisan dikawasan terlibat dibina benteng Pemecah ombak berhadapan pantai juga mampu mengurangkan impak pukulan ombak kepantai sekali gus mengelakkan hakisan diatasi.

Dengan adanya Benteng pemecah ombak dimana dengan kehadiran ombak yang menghempas kebenteng tersebut,ianya akan membawa bersama-sama lumpur pasir yang kemudiannya akan mendap kedasar laut dan menambak semula kawasan yang terhakis itu,iaitu antara pantai dan benteng pemecah ombak.

Dengan adanya Benteng pemecah ombak dimana dengan kehadiran ombak yang menghempas kebenteng tersebut,ianya akan membawa bersama-sama lumpur pasir yang kemudiannya akan mendap kedasar laut dan menambak semula kawasan yang terhakis itu,iaitu antara pantai dan benteng pemecah ombak.
Sementara Benteng Pemecah ombak bersambung dengan pantai kebanyakanya digunakan bertujuan bagi melindungi perairan pelabuhan,Selain itu Benteng Pemecah ombak dipelabuhan juga dapat mengurangkan alunan ombak sehingga memberi kemudahan pada kapal menghampiri dok dengan lebih sempurna.
TEKNIK PANCINGAN


sekiranya kurang galak Siakap menyambarnya maka pemancing bolehlah beralih tempat dengan menyusuri Benteng bebatu.


Benteng pemecah ombak yang saya sering kunjungi ialah diTanjung Leman,ada juga diPontian dan tempat yang paling popular ialah Tambak Johor dimana pemancing boleh berjalan kaki mengail menyusuri sepanjang benteng tersebut kecuali masuk sempadan Singapura.


Dengan penggunaan bot tundaan boleh dilakukan ulang beberapa kali berpusing sekitar Benteng pemecah ombak tersebut,atau melakukan teknik Drifting iaitu menggunakan umpan udang hidup tanpa memerlukan pelampung.





Seperti biasa kalau udang mulai menyentak-nyentak maka bersedia lah. Semasa ikan makan, kita terus sembat padu dan tanpa buang masa kita terus menggulung tali dan tarik ikan tersebut tanpa memberi peluang padanya. Jika kita memberikan ruang untuk ikan menarik bermakna ikan akan membawa tali masuk ke reba reba sekitar tempat tersebut.
Selamat Mencuba.
Main Games sambil cari Rupiah ?? Caranya gampang kok..
ReplyDeleteGabung aja bersama Agen Poker S1288POKER !!
Segera jadikan S1288POKER sebagai Agen Poker Pilihan Anda.
Info Lebih Lanjut Bisa Hub kami Di :
BBM : 7AC8D76B
WA : 08122221680