Telah sampai musim Monsun Cina Selatan dan semakin culas lah pada mereka yang bekerja menghadapi musim hujan setiap hari,musim-musim sejuk begini waktu sesuai untuk memalaskan diri dengan tidur tapi pada pemancing tegar musim monsun menjadi penantian bagi menjerat ikan pilihan. Perancangan mula diatur,persiapan disenaraikan…
Pemancing yang berpengalaman menyediakan persiapan yang rapi sebelum kedestinasi memancing,tetapi bagi orang muda yang baru menceburi dunia pancingan cukup jika ada joran dan matakail tanpa memikirkan persediaan yang patut ketika ingin bawa memancing…
Tanpa ilmu yang cukup atau sering mengadakan aktiviti memancing pasti akan hilang keseronokannya. Sebab itu ada di antara pemancing yang tiba-tiba hilang dari padang memancing kerana bosan.
Keluaran kali ini ingin saya berkongsi ilmu mengenai beberapa persediaan memancing yang sepatutnya diketahui seorang yang baru menceburi dalam hobi keseronokan aktiviti memancing.
Mengenali Peralatan Pancing
Joran (Rod)
Dahulu joran dari batang buluh kini bahan diperbuat dari fiberglass,carbon,kevlar atau Boron.
Terdapat joran ‘one piece’ atau mudah dibawa jenis yang bersambung, panjang joran yang sesuai digunakan sekitar 5kaki-7kaki
dan pelbagai jenama terdapat dikedai jual alat pancing seperti Penn,Daiwa,Barkley,Toman,Shimano dan sebagainya ikut pada kemampuan kos pemancing.
Carilah joran yang sedikit ringan”light weight’ jenis carbon bagi aksi yang pantas atau fiberglass padat bagi aksi ikan ‘kasar’ seperti pari,siakap,kerapu atau gemang.
Manakala Perambut yang menggunakan kawat atau tali sulam sering digunakan untuk pancingan ikan pipi bersirip yang tajam iaitu siakap atau bergigi tajam seperti tenggiri ,kekacang atau lain2.
Bekas foto album boleh dijadikan tempat menyimpan perambut yang telah siap agar pemancing tidak perlu membuat perambut baru andai perambut putus atau menjadi habuan ikan BELIN @Sesirat sejenis ikan PENGACAU.
Tali Utama
Kebiasaannya tali utama untuk sungai cukup 12lb -30lbuntuk pancingan dasar(seperti sembilang ,kerapu, tetuka, unga tanda dan sebagainya) apungan (seperti siakap,talang,kekacang)dan panjang rol nya cukup 100meter.
Sementara pancingan laut dalam penggunaan tali utama sekitar30lb-80lb dan panjang rol nya dalam 200meter. Dan tali utama perlu diganti setelah terasa kasar atau kerinting.
Kekili (Reel)
Kekili adalah mesin bagi menyimpan tali utama, ‘Kekili Duduk @ spinning’ sesuai bagi mereka yang baru belajar memancing dimana penggunaanya mudah
dimana untuk melepaskan tali kita perlu buka ‘bail arm’ sambil jari telunjuk menekan tali sebelum lontaran dibuat.
Lengan menggarau tali boleh ditukar samada kiri atau kanan ikut kesesuaian pemancing tersebut. Kapasiti gelondong rol tali 200meter-400meter mengikut ketebalan tali.
Sementara kekili mendatar lebih mekenikal atau lebih canggih dimana terdapat sistem gear,centrifugal/megnetic brake,flipping switch
dan sebagainya dimana memerlukan kemahiran jika tidak masalah tali tersimpul pasti berlaku, tidak sesuai bagi mereka yang baru meminati dunia pancingan
Batu ladung adalah alat pancing yang diperlukan bagi setiap pemancing khusus bagi pancingan dasar, Buatannya dari timah kerana murah,lebih berat dan mudah diacu dengan pelbagai bentuk dan saiz.
Kenali bentuk dan penggunaannya….
Tongkol
Ladung Tongkol berbentuk seperti bonjot atau seperti Tanpin Bowling,sesuai untuk semua keadaan samada bagi pemberat arus atau teknik menghanyut ,mempunyai klip lubang untuk tali ia menjadi pilihan pemancing baik disungai atau dilaut dalam.
Topedo
Ladung ini sesuai untuk semua keadaan dan menjadi pilihan pemancing sungai,peranannya sebagai pemberat dan lontaran dapat dibuat dengan lebih jauh kerana tiada rintangan angin. Mempunyai klip lubang untuk tali perambut.
Ladung Hidup
Ladung ini ada yang berbentuk bulat atau lunjung seperti topedo dimana mempunyai lubang ditengah-tengahnya.
Melalui Tali utama ladung ini dijadikan sebagai pemberat dimana sedikit tarikan ikan meragut umpan dapat dirasai kerana tiada gangguan halangan tali. Menjadi pilihan pancingan berlumpur.
Pyramid
Bentuknya bersegi ada yang berbentuk pyramid dan ada yang berbentuk bata dan mempunyai klip lubang untuk tali perambut.
Ladung ini khusus untuk pantai berpasir dan berombak dimana hujung yang runcing akan terbenam didasar pasir setelah mencecah dasar dan tidak menjejaskan umpan yang terumbai-umbai.
Sesuai sekali pada pantai yang berombak dimana pemukaannya yang bersegi kurang membuat ladung ini terolang-oleng digasak alun ombak dasar.
Layang
Ladung Layang berbentuk leper/pipih bersegi empat sama,sesuai pada pancingan dasar berbatu yang mana ladung ini akan berada diatas bebatu dan tidak berguling kecelah-celah batu. Peratus tersangkut 30%
Mata Kail (Hook)
Mata kail adalah satu alat atau elemen yang wajib bagi mereka yang ingin memancing,matakail adalah tempat meletak umpan pancing.
Matakail berbeza saiz penggunaanya dimana untuk pancingan disungai saiz sekitar 4-9 dan pancingan laut dalam saiz matakail menggunakan saiz yang lebih besar dalam 9 keatas.
Menggunakan saiz matakail menjamin tangkapan ikan dimana saiz kecil membolehkan semua jenis ikan meragutnya,
sedangkan saiz besar hanya khusus untuk ikan besar tetapi matakail besar sering kehilangan umpan kerana digertu ikan-ikan kecil.
manakala matakail kecil jika umpan dimakan ikan besar jaminan mendaratkannya tipis ,samada matakail patah/putus atau ‘rabut’ akibat mulut ikan yang besar dan luas.
Maka pilihan ditangan penggail sendiri samada ingin menggunakan matakail saiz kecil atau besar.
Swivel
Klip ini berperanan bagi sambungan atau sebagai alat penghubung samada digunakan pada hujung tali utama, perambut, ladung atau bermanafaat bagi melerai tali/perambut bersimpul.
Juga berperanan sebagai pemberat bagi pancingan berbatu untuk mengurangkan resiko tersangkut.
UMPAN
Umpan merupakan ‘sogokan’ bagi memperolehi tangkapan ikan ia merupakan elemen penting dalam istilah memancing.Memasang umpan pancing memerlukan kemahiran atau penelitian rapi agar umpan benar-benar tak terlerai . Terdapat pelbagai variasi dan perbezaan untuk air masin atau air tawar seperti:
Umpan Mati
Isi ikan,isi udang ,hirisan sotong tergulung dalam umpan mati ,ia merupakan umpan popular yang sering dan kerap menjadi pilihan pemancing bagi pancingan sungai,paya mahupun laut baik air tawar atau air laut.
Hampir kesemua spesis ikan menggemari umpan ini.
Cacing/Perumpun/Ruat
Cacing tanah atau ulat Gendong (sagu)antara umpan air tawar yang diminati oleh udang galah dan ikan baung dll.
Umpun-umpun ,wat bakau umpan air masin cukup senonim bagi pemancing kerana kemampuannya menjerat pelbagai spesis ikan seperti gelama,bolos, ikan duri, sembilang unga tanda dan sebagainya.
Umpan Hidup
Umpan Hidup menjadi pilihan pemancing yang mensasarkan ikan idaman dimana sukar menjeratnya,itupun bergantung pada nasib jika spesis tersebut masih bersarang disesuatu lubuk.
Umpan hidup yang mudah diperolehi seperti udang,ikan belanak,tamban dll digemari spesis Siakap,Tenggiri,pari, Barracuda , Layaran dan sebagainya
begitu juga umpan hidup ‘Udang Lipan’ terbaik untuk umpan laut dalam bagi menjerat ikan Merah,Jenahak atau Kerapu
sementara katak,ikan seluang,udang parit menjadi pilihan ikan air tawar seperti Baung, Toman,Sebarau,lampam dll.
Umpan Umang-umang hidup terbaik untuk menjerat Gemang
http://zulkiffleeh.blogspot.com/2012/05/normal-0-false-false-false-en-us-x-none_28.html
Serangga
Umpan serangga seperti Cengkerik, Kalakatu,anak Tebuan, telur Kerengga menjadi pilihan pemancing Darat air tawar seperti
lombong, Bendang,parit,sungai atau kolam yang gemarkan mengail ikan Puyu,Haruan,Keli,Kaloi
,Talapia,Temakang, Tengas, Lampam,Baung dan sebagainya.
Buah-buahan
Kebanyakan ikan air tawar menggemari buah-buah hutan sebagai rutin makanannya seperti buah Mengkudu yang ranum dicangkuk pada matakail rambai digemari ikan bersisik seperti Terbol,Kaloi, Pucuk pisang dan Lampam.
Buah Ara buah hutan biji kecil berwarna merah berongga juga hirisan biji sawit yang berminyak menjadi pilihan terbaik ikan sungai seperti Kelah,Jelawat dan sebagainya.
Pisang masak dihiris juga boleh dijadikan umpan air tawar seperti Patin buah….
Umpan Tapa/Dedak
Isi ikan Baung amat lazat sehingga menjadi buruan pemancing tempatan dan Umpan Tapa yang amat busuk merupakan umpan yang digemari ikan tersebut maka bagi mereka yang boleh tahan bau Umpan Tapa elok mencubanaya
Semantara umpan dedak umpan moden, umpan bagi mengail ikan kolam seperti rohu,tongsan ,patin dan sebagainya.
Pelampung menggambang diatas air dengan penggunaan umpan Hidup amat sesuai menjerat ikan berkualiti seperti Siakap, Tenggiri, Tuna sirip kuning,Layaran,Marlin dll.
Apollo adalah rangkaian beberapa matakail yang menyerupai planton diperbuat dari helaian plastik kilat ,rambu-rambai dan manik ‘Glow’
menjadi makanan kumpulan ikan laut seperti selar, selayang, kembung,tamban dan sebagainaya dimana sering didaratkan menjadi umpan hidup atau umpan segar oleh pemancing laut .
Gunting dan Pisau
Sementara Lampu picit persediaan dimasa kecemasan dan sangat berguna pada pancing diwaktu malam bagi memasang umpan,meleraikan ikan tangkapan dan mencari alatan pancing yang kecil dan sukar dimalam gelap.
Ubat Penghalau Nyamuk
Bagi mereka yang gemar memancing diwaktu malam hari,disarankan membawa sekali ubat penghalau nyamuk berupa krim atau ubat nyamuk kerana kawasan tepi sungai,laut atau kolam tempat pembiakan nyamuk. Jangan kerana nyamuk mengigit hasrat memancing terbantut.
ada antara pemancing yang membiarkan ikan yang didaratkan terbiar sehingga menyebabkan ikan yang diperolehi tidak fresh setelah sampai dirumah.
juga tempat menyimpan umpan pasar atau tempat sejukan minuman…
.
Sangat efesen bagi menempatkan kebanyakan alatan pancing seperti Ladung,matakail,Apollo,pisau,swivel,tali perambut,gewang,pelampung,Glow stik,glove dan lain-lain yang sesuai ditempatkan kedalam nya.
Carilah kotak pancing yang tidak terlalu kecil dan boleh tempatkan assesories dengan selesa….
Demikianlah sedikit sebanyak persediaan yang perlu dibawa dan yang perlu dititik beratkan oleh setiap pemancing agar tidak menjadi sesuatu bebanan pada rakan yang turut serta, nanti tak pasal-pasal dapat sindiran atau kemarahan.
Yang penting jaga keselamatan diri dan jadikan hobi hamis ini lebih menghiburkan…
0 Response to "PERSEDIAAN AWAL SEBELUM MENCEBURI HOBI MEMANCING"
Post a Comment