Bersambung paparan lepas…
Zaman kanak-kanak adalah zaman yang terindah penuh dengan memori,setiap orang pasti akan tersenyum simpul bila terkenangkan zaman kanak-kanaknya.Disini saya ingin menceritakan sedikit pengalaman bagaimana saya bersama rakan-rakan sebaya telah pergi keKangkar Tebrau mencari udang galah dengan meraba disungai pandan. Ikuti lah sambungan pada keluaran lepas….
Setelah puas memancing talapia dan ikan Patong kemudian rakan saya mengajak kami turun pula ke dalam sungai Pandan, air dalam sungai Pandan telah surut kering sehingga menampakkan tebing-tebing nya serta beting-beting dialur sungai sementara air sungai kelihatan jernih separas peha. Saya yg tak pernah mandi air sungai terasa gementar dan terkial-kial berjalan elak dari tersungkur, perasaan takut hilang apabila rakan saya menunjukkan seekor udang galah sebesar lengan kami serta sepitnya yg panjang meliuk-liuk.Oooo…itu rupanya yg dikatakan udang galah,bagaimana menangkapnya?…
“Pesan bapa aku,udang galah tempat tinggalnya di dalam atau dicelah-celah batu….” “jadi perlahan-lahan kita merabanya ,cari lubang di tebing-tebing atau beting-beting tanah liat….” Dengan penuh semangat kami berlumba-lumba mencari lubang udang galah, adakalanya kami berebut-rebut pada satu lubang,suasana masa tu riuh-rendah dengan suara kami. Akhirnya dapat juga saya akan seekor udang galah,mula-mula terasa sesungutnya,kemudian terasa jari bagai disepit ,ikutkan hati nak melatah terperanjat tetapi teringat pesan rakan kalau rasa bagai nak disepit itu tandanya ada udang galah maka hulur terus kebadannya kemudian genggam jangan lepas.
Perasaan bangga dan gembira bila telah peroleh seekor udang galah didalam genggaman,langsung tidak terlintas perasaan takut andai terpegang sang ular ke!!!…
Akhirnya cuaca bertambah suram menandakan hari dah hampir maghrib,dan masing-masing dari kami telah peroleh hasil tangkapan yang lumayan kemudian rakan saya mengajak balik. Hasil tangkapan dibahagi sama rata masing-masing peroleh ikan talapia,ikan patong dan beberapa ekor udang galah untuk dibawa pulang. Dengan keadaan kami seperti orang kuala, baju kotor dan badan berlumpur masih bernasib baik apabila masih ada bas terakhir menunggu kami pulang kerumah.
Sesampai nya dirumah kononnya inginlah menceritakan kepada keluarga pengalaman pertama bagaimana mencari cacing untuk dijadikan umpan mancing,menangkap belalang hijau ,memancing ikan talapia, memancing ikan patong dan bagaimana menangkap udang galah dengan tangan, ingin berbangga dengan hasil tangkapan tetapi tiba-tiba…..”duuzum” tak semena-mena kepala terasa sakit,mata berpinar-pinar,gelap mata…rupanya satu tendangan padu telah hinggap dibelakang kepala oleh abang long….
Apalagi meraung kesakitan tetapi malah ditambah lagi dengan beberapa das rotan oleh ibu ,malam itu teruk saya dikerjakan oleh keluarga saya akibat ingin peroleh pengalaman baru dalam ilmu nelayan. Setelah reda keadaan, abang long saya memberitahu yang saya masih bernasib baik tidak dibaham oleh buaya kerana katanya ada udang galah adalah buaya kerana mereka bersahabat baik dimana sang buaya membenarkan udang galah membersihkan celah-celah giginya….kalau lah ketika meraba tangan kamu masuk kemulut buaya,bagaimana???…Walau bagaimana pun merasa juga saya akan pais udang galah dimasak oleh ibu pada esok harinya tetapi serik untuk meraba udang galah lagi,takut di NGAP buaya.
Nasib baik pais udang galah kalau pais Sang Bedal????
Begitulah seadanya ceritnya,(usah berani meraba nanti kena tampar,baru padan muka)
Daripada Laman Pengail:
ZulkiffleeH
0 Response to "MERABA UDANG GALAH zaman kanak-kanak (BHG KE2)"
Post a Comment