GABUNGAN “DRIFTING &TROLLING” MENGGUNAKAN KAWAT DAWAI (teknik pancingan Tradisional)

Pengenalan:

Drifting ialah keadah dimana umpan dihulur tanpa batu ladung , berpelampung atau tidak berpelampung. umpan akan dibiarkan bebas untuk berenang dipermukaan hingga ke pertengahan kedalaman air bergantung arus air.

Sementara Trolling ialah keadah menggunakan umpan tiruan berupa Gewang ikan plastic atau sotong ‘soft plastic’ dihulur

menggunakan batu ladung (mengikut aras kedalaman)atau tanpanya berserta pelampung,umpan  dihulur lalu ditunda perlahan berenang dipermukaan atau kepertengahan kedalaman air yang dikehendaki.

Pernahkah pemancing melihat keadah pancingan Trolling menggunakan kawat dawai? Para nelayan pesisiran pantai Timur selain memukat mereka juga mengail ikan-ikan Banggak dipermukaan atau pertengahan air bagi memenuhi masa juga ketika musim sesuatu jenis ikan. Pelbagai jenis teknik pancingan digunakan termasuk pancingan tundaan atau Trolling, salah satunya keadah gabungan trolling dan Drifting menggunakan kawat dawai….

Mangsa sasaran ialah semua jenis spesis predator yang mencari makan dipermukaan hingga kepertengahan air seperti:


Jenis Umpan:

                                                     

 Umpan yang boleh digunakan untuk keadah pancingan tersebut  terdiri daripada ikan selar, anak kembong, aya, sotong, udang, lolong dan tamban lebih berkesan jika dapat menggunakan umpan ikan hidup yang baru diperolehi sekitar unjam-unjam yang banyak terdapat diperairan atau unjam yang diusahakan oleh para nelayan itu sendiri.

Peralatan:

Keadah gabungan Trolling/Drifting kawat dawai ini bergantung pada spesis apa yang ingin diduga. sekiranya spesis Tenggiri, Marlin, Layaran,, Tuna sirip kuning ,Belitong, Aruan Tasik dan jerung yang mega dicari, sediakanlah set kawat  dawai besi (ampaian jemuran kain baju) berkekuatan 100lb – 250lb dan panjang sekitar 200-300meter (tempahan dari kilang agar dapat ukuran panjang yang dicari tanpa perlu disambung-sambung) .

Saya cadangkan tanpa menggunakan perambut (andai menggunakan perambut biar dari jenis florocarbon sepanjang 1 meter disambung coated steel wire 30lb sepanjang 6 inci). penggunaan matakail yang tajam jenis karbon seperti jenama  gamakatsu atau apa saja yang kuat lebih mencerahkan peluang.

Caranya:

Dengan menggunakan matakail berangkai,cangkuk matakail pada bibir  umpan ikan hidup dan biarkan matakail satu lagi berumbai di belakang ekor sirip umpan ikan hidup tersebut. Atau cangkukkan matakail pada umpan contohnya ikan selar hidup di pangkal tengkorak ikan dan disirip tengah ikan menggunakan double hook.



Mengemudi bot dengan penundaan perlahan,kemudian

lepaskan ikan tersebut ke air dan biarkan ia berenang mengikut kelajuan tundaan,lepaskan sepanjang 60 ke 100meter.Buatlah tundaan sekitar unjam atau sekitar kawasan yang dirasakan berpotensi terdapat ikan banggak dengan tundaan yang agak perlahan agar umpan hidup dapat bergerak seolah-olah ikan tercedera. Tidak perlu penggunaan batu ladung kerana berat kawat dawai itu sendiri telah menjadi pemberat,dan dengan tundaan perlahan umpan akan berada dipertengahan air.


Andai  terdapat sambaran,tarik lah kawat  dawai sepenuh tenaga tanpa memberi peluang pemangsa melepaskan diri sementara biarlah kawat tersebut terbiar diatas lantai,usah bimbang kerana kawat dawai besi tidak seperti tangsi atau tali yang mudah bersimpul.  Bagi keselamatan usah lupa menggunakan sarung tangan kerana sifat besi yang mudah mencederakan tapak tangan. Mengikut pengalaman saya penggunaan umpan hidup adalah lebih efiktif dari umpan mati  untuk mendapat tangkapan yang diburu.


Bagi pancingan alaf baru ,Trolling diperbagaikan seperti menggunakan umpan rambu-rambai (seperti sotong soft plasik) untuk memburu Layaran atau Marlin dan paling popular pancingan Trolling atau tundaan menggunakan Gewang separuh permukaan air dimana kerap digunakan oleh pemancing yang mempunyai impian besar bagi perolehi ikan yang besar.



Jika trolling menggunakan ikan segar (mati yang baru ditangkap) boleh menggunakan double hook atau triple hook berangkai (seperti dalam gambarajah) lalu matakail dipangkuk kedalam badan umpan ikan. Atau menggunakan matakail berkembar dimana matakail pertama dipangkuk dari mulut tembus ke bawah insang ,hiris sisip isi ikan kedua2 belah hingga ketengah badan lalu patahkan tulang tengah dan buang, sementara matakail satu lagi di biarkan berumbai bersama bahagian badan ikan yang telah di sisip tadi kemudian bibir mulut ikan dililit dengan tali halus,tujuannya untuk mengawal pergerakan renangan ikan agar tidak terumbang-ambing atau berpusing sehingga  pemangsa tidak berselera untuk menyambar umpan.

Harap teman-teman pemancing dapat pelajari satu lagi pengatahuan teknik pancingan.

' HAPPY  HUNTING!'



Sisipan Laman Pengail: Zulkiffleeh

Sumber: http://zulkiffleeh.blogspot.com/


0 Response to "GABUNGAN “DRIFTING &TROLLING” MENGGUNAKAN KAWAT DAWAI (teknik pancingan Tradisional)"

Post a Comment