Hampir 2 minggu tak mancing.. cuti sempena ramadhan… ada org kata puasa tak sesuai utk mancing atas berbagai alasan… bagiku tiada masalah asalkan tidak melakukan perkara yg dilarangNya serta menjaga adab2 berpuasa….
Kesempatan muncul apabila menghadiri majlis berbuka di rumah Zamri kat semporna…jarak perjalanan lebih 100km… boleh tahan jugak jauhnya… kalau tak ada aktiviti mancing, berfikir 10 kali jugak aku nak pergi.. kebetulan pula majlis berbuka puasa juga diadakan di tempat kerja pada hari yg sama… mancing punya pasal.. jarak bukan hal…
Sabtu (Petang)
Bersama Zamri ke sungai Bukit Lalang utk casting.. mudah2an adalah siakap merah atau tembaring yg ponteng puasa… hampir 2 jam casting hanya anak kerapu yg belum cukup umur sudi menyambut salam…
Kerapu yg belum baligh sudi menjamah gewang cap ayamku…
Port casting yg cantik.. cuacapun bagus, tak panas… tapi penghuninya tidur, penat berpuasa agaknya hehe5….Jam 9.00 mlm bersama Zamri ke Pakalangan.. membottom berumpankan sotong pasar… pancingan jeti.. port yg biasa kami pergi.. sesuai tempat santai2 bersama keluarga sambil memancing..

Perkampungan tradisional masyarakat Bajau & Suluk…. banyak penempatan begini di Sabah terutamanya di Semporna, Lahad datu, Tawau & Sandakan.. kebanyakannya nelayan.. terbayang jugak kalau aku tinggal di sini.. dah tentu tak ada masalah utk mancing… hayun je joran ikut tingkap… 24 jam boleh mancing…heheh..

Melintasi perahu Palauh aka nomad laut
Perjalanan ke port dituju mengambil masa lebih kurang 30 minit… fuhh! terpegun melihat keindahan ciptaan tuhan dgn batu karang jelas kelihatan.. pulau2 indah dipandang…
Ikan pertama yg kudapat… ketambak
Roy dgn kerisi
Ikan Kemmi.. panggilan penduduk tempatan.. berguna utk tujuan perubatan.. oleh krn sifatnya yg suka melekat pd badan ikan yg besar spt yu, paus… org2 tua menjadikannya ubat utk merapatkan hubungan suami isteri…
Zamri dgn ikan apa entah.. spesis ikan batu karang..
Ikan buntal.. juga boleh dijadikan juadah yg enak.. masakan 5 bintang, spesis yg dicari penduduk tempatan.. 
Zamri “boatman” dgn kerapu…
Lesen jigging.. sempat gak belajar jigging dgn light jig 60g yg telah lama aku beli “dkedai bawah tangga”, Tawau.. walaupun mangsanya sebesar ibu jari jer.. permulaan yg baik bagi org baru nii… 
Hasil yg kami dpt setelah 3 jam setengah mancing… tak bnyak, tapi syukur alhamdulillah.. terubat jugak gian memancing….
Sumber: http://gangpancingtawau.blogspot.com/
0 Response to "Pancingan Santai di Bulan Ramadhan : Semporna ( 21 & 22 Ogos 2010 )"
Post a Comment