Kumpau… kunpoww… mungkin dalam kamus tak ada istilah ini.. ianya hanya meniti dibibir kaki pancing shj..
perkataan lain spt hampeh… hampess.. mangkor… membangau… kilarrr juga seringkali menjadi luahan kaki pancing apabila merujuk kpd kekecewaan sesuatu trip…
Hakikatnya trip pancingan tidaklah selalu menjanjikan keceriaan. Ada masanya kita memperolehi hasil yang cukup 'kering' dan mengecewakan.
Apabila segala perancangan menemui halangan dan hasil yang diperolehi tidak dapat memenuhi gian pemancing, maka berlakulah satu episod trip yang gagal.
Ahad (9.1.2011)- Setelah hampir 2 bulan tak hayun joran.. akhirnya kesempatan tiba, Saya bersama Roy & botman (kawan baru) mencuba nasib di port biasa kami.. Zamri tidak dpt turut serta kerana urusan kerja di KL selama sebulan…
Seawal 6.30 pagi kami telah bertolak.. tundaan gewang sepanjang muara sungai hingga ke pulau selama berjam2 tidak mendatangkan hasil… akhirnya kami mengambil keputusan utk membottom… sehingga ptg hanya beberapa anak tambak shj yg berjaya di pancing.. Berbanding dgn semalam (sabtu)… tak menang tangan si Roy melayan tarikan ikan dsitu… sesi trolling juga sukses…
Hari ini Kumpauu aka hampehh….
Trip kumpau secara mudahnya bolehlah ditakrifkan sebagai satu trip yang gagal atau kurang berhasil. Ia bukanlah bermaksud hasil yang sedikit semata-mata, tetapi kadangkala diukur dari segi berbaloi atau tidaknya sesuatu kepuasan yang diperolehi. Ini dikira dari segi kos dan masa yang telah dikorbankan serta kesukaran-kesukaran yang terpaksa ditempuh dalam menjayakan sesuatu trip.
Pada umumnya, trip kumpau boleh berlaku dalam dua bentuk. Pertama, kumpau biasa yang sering terjadi dan ia biasanya dapat dijangkakan. Jika berlaku, ia boleh diterima sebagai satu ujian yang lumrah dan tidaklah begitu menggusarkan para pemancing. Bagi pemancing yang matang, mereka dapat menerima cabaran trip kumpau biasa ini dengan hati terbuka.
Kumpau peringkat kedua pula ialah kumpau tahap maksimum yang jarang berlaku, tetapi sesekali berlaku ia akan meninggalkan kesan yang amat negatif buat pemancing. Ia menyebabkan moral pemancing jatuh sama sekali.. bagi pemancing baru..mungkin boleh menjadikan trip terakhir baginya. Trip kumpau peringkat kedua ini bolehlah disifatkan sebagai trip kumpau yang "sekumpau-kumpaunya", atau "kumpau tahap gaban"!
Bagi pemancing baru yang menempuh episod trip kumpau pertama kali, 'kekumpauan' itu pasti terasa sangat sukar diterima. Ia bagaikan pukulan TKO yang menyebabkan mereka terus rebah, serik dan tidak mahu terlibat dalam trip-trip pancingan lagi.
Terdapat banyak punca yang menyebabkan berlakunya kes-kes kekumpauan di atas. Antaranya ialah Faktor alam yang mendorong timbulnya fenomena seperti ribut, cuaca, arus atau angin yang ganas dan tidak menentu boleh menggugat keberkesanan sesuatu teknik atau hasil pancingan. Kadangkala musim atau pasang surut yang tertentu tidak sesuai dengan sifat pemakanan ikan atau teknik pancingan yang digunakan di lubuk itu. Akibatnya terjadilah kes-kes ikan tidak begitu agresif atau langsung tidak menjamah umpan. Kadangkala ia berpunca daripada wujudnya faktor-faktor bersangkutan seperti keadaan air yang terlalu keruh, terlalu laju atau hujan yang lebat dan alun yang keras sehingga menyebabkan ikan kurang selera makan umpan ataupun pemancing terpaksa beralah kerana mabuk laut.
Memancing di laut luas tiada siapa dapat menduga hasilnya. Apabila terlibat dalam sesuatu trip, kita selalunya berhasrat memperolehi hasil lumayan.. namun rezeki adalah ketentuan Allah, bersyukur di atas kurniaannya…. Alhamdulillah, sekurang kurangya kita selamat pergi dan selamat balik ke pangkuan keluarga…
Sumber: http://gangpancingtawau.blogspot.com/
0 Response to "Cerita Kumpau... Ahad (09.01.2011)"
Post a Comment