Salam Semua & Selamat berpuasa…
Entry kali ini ialah trip mancing sebelum puasa yg lalu….
Trip di Port baru iaitu di perairan Kunak.. lebih kurang 100km dari Tawau.
Selepas Subuh bertolak dari rumah bersama kawan mancing lama, si Bani… pertemuan semuala setelah beberapa tahun membawa kpd trip mancing ini..
Perjalanan dgn kereta hampir satu jam tak terasa dek keterujaan mancing di tempat baru..
Perairan Kunak… dikelilingi oleh pulau timbun mata… sesuai utk pancingan sepanjang tahun, lokasi mancing terlindung drp ombak besar
Antara GT juvana yg berjaya dipancing… spesis yg biasa dipancing disini
Pemandangan di Jeti Tanjung Keramat… perkampungan nelayan, majoriti penduduknya dari suku Bajau..
Penduduknya lebih kurang 50 keluarga.. terdapat kemudahan elektrik 24 jam, sekolah rendah juga terdapat disini…
Hasil pancingan pada trip kedua…. Hasil keseluruhan pada trip pertama tak sempat digambar krn hujan…
Hajat utk membuat trip ulangan pada Ramadhan tidak kesampaian…. Insyaallah selepas raya Tanjung Keramat akan dikunjungi lagi….
Akhir sekali khas untuk pengunjung blog GPT saya mengucapkan …
[1]
References
- ^ (parangonline.blogspot.com)
Sumber: http://gangpancingtawau.blogspot.com/
0 Response to "Mancing di Port Baru.."
Post a Comment