Memancing Siakap Merah / Mangrove Jack

Memancing Siakap Merah / Mangrove Jack


Ada kawan tanya, apa tu ikan MJ? Micheal Jackson kah? Haha. Sambil tersenyum dengan nada bergurau. Saya jawab, MJ tu nama singkatan bagi Mangrove Jack atau kita panggil ikan ni sebagai Siakap Merah. Bentuknya sama macam Ikan Siakap Putih yang selalu jumpa dipasar tu. Bezanya cuma warna dan siripnya.


Disebabkan dah terbiasa sebut, maka ikan ni panggil MJ sahaja. Tetapi, bagi yang tak tahu ikan ini dikenali sebagai Mangrove Jack di Australia dan Siakap Merah di Malaysia. Warna Ikan Siakap Merah ini berubah-ubah mengikut kawasan dan warna air tempat habitatnya. Ada yang berwarna merah hati, warna kecoklatan da nada yang kekuningan.



Siakap Merah / Mangrove Jack mudah ditemui di kawasan berstruktur seperti bangkar kayu, tebing berbatu serta struktur tiang, batu dan karang.Ikan ini boleh di kategorikan sebagai ikan samseng, kerana ikan ini begitu rakus mencari makanan dan sifat kewilayahan membuatkan ia menyerang hampir ke semua ikan yang menghampiri kawasannya. Ikan Siakap Merah menyerang hendap mangsanya dengan membuat serangan mengejut.


Teknik Memancing Siakap Merah/Mangrove Jack:


Penggunaan umpan hidup seperti udang dan anak ikan adalah cara terbaik untuk memburu spesies ini, namun penggunaan hirisan ikan pasar segar seperti ikan selayang juga boleh digunakan kerana darah ikan selayang dapat menarik perhatian Ikan Siakap Merah untuk memakannnya.

  • Teknik Casting


Teknik Casting juga popular untuk memburu Ikan Siakap Merah/Mangrove Jack ini.

  • Lokasi Terbaik Memancing Siakap Merah/Mangrove Jack


Untuk memancing Ikan Siakap Merah ini, kawasan berstruktur seperti bangkar kayu, tebing berbatu serta struktur tiang adalah lokasi terbaik. Namun ianya juga pernah di tangkap di kawasan yang jauh dari kawasan tebing iaitu di tengah laut dan selalunya saiznya lebih dari 4 kilogram.


Selamat memburu Siakap Merah/Mangrove Jack@MJ…


LikeTweet

0 Response to "Memancing Siakap Merah / Mangrove Jack"

Post a Comment